[::]Oh..LELAKI[::]

8:10 PM Edit This 4 Comments »

“BUKAN hanya wanita makhluk yang
kompleks dan sukar difahami, begitu
juga lelaki kerana sifatnya yang sukar
ditelah. Biarpun lelaki menyatakan yang
mereka tidak demikian, hakikatnya
kebanyakan mereka amat sukar
difahami.”-http://www.hmtro.com.my

Berbeza dengan sifat wanita yang mudah menyatakan sesuatu yang dirasai atau apa disukai, sifat lelaki semakin sukar difahami jika orang yang paling hampir dengannya tidak cuba memahami biologi dan sikap sebenar mereka.

Bagi memahami golongan Adam ini dengan lebih mendalam, cuba baca petua berikut untuk lebih memahami dan mengenali mereka.

# Sifat lelaki lebih mudah
Lelaki lebih mudah cara hidupnya berbanding wanita kerana itu, lelaki sukar untuk memahami jika sesuatu perkara itu disampaikan dalam bentuk kiasan oleh wanita.
Wanita suka berkias dan berharap lelaki faham tetapi mereka lebih suka jika ia dijelaskan dengan bahasa yang mudah serta berterus-terang. Sekiranya wanita tidak jelas mengenai sesuatu perkara, tanyalah secara terbuka kepada lelaki.

# Bahasa lelaki adalah berlainan
Lelaki bercakap dengan bahasa berlainan. Ini yang menyebabkan lelaki dan wanita sukar berkomunikasi antara satu sama lain. Daripada kata-katanya, jika dia bercakap dengan wanita adalah berbeza daripada apa yang dimaksudkannya.
Ini bukan bererti dia berbohong namun lebih baik bagi wanita untuk memahami lelaki daripada apa yang dilakukannya berbanding daripada apa yang dikatakannya. Lelaki tidak pandai melahirkan rasa hatinya dalam bentuk kata-kata.

# Lelaki suka membisu
Wanita berkebolehan untuk membincangkan sesuatu subjek yang sensitif dan mendukacitakan sebagai salah satu cara berhadapan dengan realiti tetapi lelaki lebih suka untuk menyembunyikannya serta membisu.

# Lelaki tidak kompleks
Jika terdapat semua tanda yang menunjukkan seseorang lelaki hanya mahu wanita menjaganya, mengemas rumah, menyediakan makanan untuknya dan melakukan jimak secara kerap dengannya, wanita harus percaya itulah yang lelaki mahukan.
Ini bukan bererti lelaki berfikir secara primitif, tetapi lelaki memang sedemikian. Wanita biasa menganggap lelaki sebagai kompleks, tetapi sebenarnya kehendak lelaki adalah mudah.

# Lelaki berahsia dengan lelaki lain
Tidak sebagaimana wanita yang lebih mudah bercakap dengan wanita lain mengenai masalah, harapan dan kebimbangan yang amat rahsia serta peribadi, sukar bagi lelaki untuk menjadi mesra sedemikian rupa. Untuk melakukannya, lelaki memerlukan kekuatan dan keberanian yang tinggi.

# Lelaki pentingkan kejujuran
Jika lelaki tahu isterinya suka bercerita pada wanita lain mengenai dirinya, besar kemungkinan lelaki itu tidak akan bercerita lagi secara mesra mengenai hal rahsia kepada isterinya. Kejujuran adalah penting bagi lelaki. Dia mahukan isterinya menyimpan rahsia rumah tangga.

# Lelaki tidak suka dikritik
Jangan mengkritik lelaki, melainkan jika anda sedia untuk bertikam lidah dengannya. Lelaki tidak begitu terbuka untuk menerima kritikan.
Mengkritik di belakangnya, contohnya kepada saudara atau kawannya, mungkin dapat mengelakkan konfrontasi serta-merta tetapi dia akan berasa marah juga apabila perkara itu disampaikan kepadanya.
Cara yang baik untuk mengkritik lelaki ialah dengan berjenaka dan lembut. Cara lelaki mengkritik adalah berlainan dan mereka jarang melakukannya.
Apabila lelaki mahu mengkritik, mereka memilih masa dan keadaan dengan teliti. Ketika menegur, perbincangan itu ringkas, tidak beremosi dan tepat. Untuk wanita mengkritik lelaki, elok jika kritikan itu digabungkan dengan sedikit pujian.

# Lelaki juga mahukan sokongan
Ketika berdepan masalah dan mengadu pada wanita, wanita harus memberitahu lelaki itu bahawa dia masih diperlukan. Lelaki mahukan keselesaan perasaan, sokongan serta kata-kata “Saya cintakan abang…” dan “Tidak kira apa yang terjadi, saya tetap bersama abang … .”

# Sahabat yang paling baik
Jadilah sahabat yang paling baik kepada suami dan dia akan menjadi sahabat yang paling baik kepada anda.

# Lelaki mesra tanpa emosi
Antara perkara yang ada pada lelaki dan wanita ialah kehendak mutlak untuk dikasihi serta mengasihi sebagai balasan. Kemesraan emosi dan bersatunya jiwa bukan hanya jasad tetapi cara lahirnya kasih sayang. Ia bukan satu proses saja tetapi membabitkan hal yang tidak terungkai dan agak magis.

~~artikel ini adalah kesinambungan daripada [::]W.A.N.I.T.A[::], kepada insan2 yang menunggu artikel ini untuk disiarkan kepada anda..ampun dan maaf saya pinta kiranya saya terlewat disebab kan banyak perkara yang membatasi saya.harap maaf!
Sincerely,
tiArA(*_*)

4 comments:

uya ahmad said...

hahaha...
chumel la artikel ni....
huuuuu..tapi, bukan sume laki cmni...
from my opinion la...
tapi, sume yg di beri, da di generalized kan?????
hahahaha.......laki suke berahsia, pom puan suke mengumpat!..hahaha....
klaka2.....aku pon tak suke kias2...ckp straight suda(pengalaman pompuan yg membesar di sekelilingnya, hampir semua lelaki)..pasal tu la, pompuan suke majuk klau laki ckp straight....aku pon pening....

tiArA EmiLY said...

TO PURa,
I appreciate ur comment lor,
huhu
thanks dear!

uya ahmad said...

welkam2...
hohoho...

Anonymous said...

sesungguhnya perempuan itu diciptakan dari sebelah tulang rusuk lelaki,lengkaplah tulang rusuk itu jika disatukan.. sedangkan jika ada kelemahan perempuan itu, maka apa pula pada lelaki..