hidup itu singkat..benarkan??

2:27 PM Edit This 5 Comments »
PESANAN
>> Imam Ghazali: Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
>> Murid 1: Orang tua
>> Murid 2: Guru
>> Murid 3: Teman
>> Murid 4: Kaum kerabat

>> Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengankita
> ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan
> mati ( Surah Ali-Imran :185).


>>>> Imam Ghazali: Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?
>> Murid 1: Negeri Cina
>> Murid 2: Bulan
>> Murid 3: Matahari
>> Murid 4: Bintang-bintang

>> Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalahMASA
> LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akandapat
> kembali ke masa yang lalu.
Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini,hari
> esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan
> ajaran Agama

Imam Ghazali: Apa yang paling besar didunia ini ?
>> Murid 1: Gunung
>>Murid 2: Matahari
>> Murid 3: Bumi
>> Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA
> NAFSU (Surah Al Araf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita,
> jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.

>>>> IMAM GHAZALI Apa yang paling berat didunia?
>> Murid 1: Baja
>> Murid 2: Besi
>> Murid 3: Gajah

>> Imam Ghazali: Semua itu benar, tapi yang paling be! rat adalah MEMEGANG
> AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan
> malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadikhalifah
>pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut
> menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka
> kerana gagal memegang amanah.

>>>> Imam Ghazali: Apa yang paling ringan di dunia ini ?
>> Murid 1: Kapas
>> Murid 2: Angin
>> Murid 3: Debu
>> Murid 4: Daun-daun
>> Imam Ghazali: Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali
> didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atauurusan
> dunia, kita tinggalkan solat

>>>> Imam Ghazali: Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?
>> Murid- Murid dengan serentak menjawab : Pedang
>> Imam Ghazali: Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ! iniadalah
> LIDAH MANUSIA.

Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakitihati
> dan melukai perasaan saudaranya sendiri...

what's his name again?

3:12 PM Edit This 2 Comments »
Ada seorang lelaki pada zaman jahiliyyah. Kehadirannya akan dapat dirasai walaupun dia berada dalam jarak yang jauh. Hal ini kerana, minyak wangi yang dipakai olehnya mampu terbau dari jarak yang sangat jauh. Pakaiannya adalah pakain yang paling mahal di Makkah. Dia adalah manusia yang ter'hensem' di Makkah.Dia anak kesayangan. Apa yang dia mahu ibunya akan perkenankan. Tiada siapa di Makkah, baik muda atau tua, pemudi atau pemuda, yang tidak mengenali Mus'ab dan mengimpikannya.

Namun, lelaki `malaikat' ini, matinya bermandikan darah, tanpa dua belah tangan, dan kafannya tidak cukup menutupi seluruh tubuhnya. Bila ditutup kepalanya, terdedahlah kakinya, bila ditutup kakinya, terdedahlah kepalanya. Akhirnya Rasulullah SAW menyuruh kepalanya yang ditutup dan kakinya ditutup dengan daun.Matinya sebagai syuhada'Rasulullah SAW bersabda berkenaan dirinya:"Tiada lelaki yang lebih cantik daripada Mus'ab bin Umair di Makkah ini, tiada sesiapa yang memakai pakaian lebih baik daripada Mus'ab bin Umair. Tiada anak yang dibesarkan dengan penuh kasih sayang daripada dia"Ya, itulah namanya. Mus'ab bin Umair RA.

Anda lihat, bagaimana manusia kaya di zaman jahiliyyah ini, bertranformasi menjadi seorang lelaki yang sanggup mengorbankan diri untuk Islam, dan akhirnya mati sebagai syuhada'.Kisah Mus'ab bin Umair amat unik. Dia digelar `putera Makkah' kerana semua orang mengidamkannya, kerana kehensemannya. Tetapi apabila hatinya disentuh cahaya Islam, dia tidak teragak-agak untuk meninggalkan semua kesenangan yang ada pada dirinya.

Dia adalah anak yang paling dicintai ibunya. Segala kehendaknya ditunaikan. Tetapi apabila dia menganut Islam dan ibunya mengetahui, ibunya telah menarik semua kesenangan Mus'ab. Segala pakaiannya yang cantik-cantik, wang saku, semuanya ditarik. Malah Mus'ab dipulau.Namun Mus'ab tidak melatah. Tidak pula dia rasa susah. Bayangkan, anda biasa hidup dengan RM10,000 sebulan. Tiba-tiba anda perlu hidup dengan RM10 sebulan. Apa perasaan anda? Tetapi Mus'ab bin Umair tidak berpaling daripada Islam yang mungkin orang memandang sebagai penarik kekayaan dan kesenangannya.Kenapa? Kerna dia yakin ini adalah jalan yang sebenar. Jalan yang membawanya kepada Allah.

Bila ibunya tidak berjaya menarik Mus'ab kembali kafir, Ibunya mogok tidak mahu makan sehingga Mus'ab kembali. Ibunya bertahan sehingga nyawa-nyawa ikan. Melihat keadaan ibunya, Mus'ab berkata:"Wahai ibuku, andai Allah memberikan kamu 100 nyawa sekalipun, dan nyawa ibu keluar satu persatu, saya tetap tidak akan meninggalkan Islam sama sekali"Ya. Itulah keteguhan.

Kita? Kadang-kadang ibu bapa sendiri suruh kita untuk taat kepada Allah. Tapi kita ingkar. Mus'ab bin Umair, ugutan ibunya tidak dijadikan alasan untuk meringankan tuntutan Islam.Ibu, walaupun kafir, kita perlu taat kepadanya selagi mana dia tidak mengajak kita syirik kepada Allah atau melakukan perkara yang Allah larang. Tapi sekiranya mereka mengajak kepada keingkaran terhadap Allah, maka kita perlu membantah.

Mus'ab terus bertukar gaya hidupnya. Dari baju sutera termahal dan terbaik di Makkah, dari minyak wangi yang mampu dihidu dari jarak yang jauh, dari kulit licin cerah putih yang menawan, dia berubah menjadi seorang yang memakai baju lusuh bertampal-tampal, bau tubuh badan biasa, dengan kulitnya menjadi sedikit kasar kerana hidup dalam payah.

Rasulullah SAW apabila melihat Mus'ab bin Umair, baginda akan menangis. Sahabat-sahabat juga begitu. Hal ini kerana, mereka segan dengan besarnya pengorbanan Mus'ab bin Umair.

Ya lah, dari putera Makkah, kepada manusia yang akhirnya diboikot tiga tahun tiga bulan bersama Rasulullah SAW, makan kayu daun kering. Siapa yang tidak akan rasa terharu?Namun Mus'ab bin Umair tidak pernah menyalahkan Islam. Sedikit pun dia tidak pernah berkata Allah itu kejam kerana mneyusun hidupnya menjadi susah sebegitu walaupun dia telah memilih kebenaran. Tidak pernah keluar dari mulutnya rungutan dan keluhan atau rasa menyesal menagmbil Islam.Tidak pernah.Kemudian Allah memuliakan Mus'ab bin Umair.

Rasulullah SAW memilih Mus'ab sebagai pendakwah ke Madinah. Kesungguhan Mus'ab bin Umair membuatkan tidak ada satu pun pintu yang tidak diketuk oleh sinar Islam.Akhirnya, majoriti penduduk Madinah Islam di tangan Mus'ab bin Umair.Sa'ad bin Muaz, pada zaman jahiliyyahnya di Madinah sebagai ketua kaum Aws. Dia datang dengan marah ketika Mus'ab bin Umair sedang menyampaikan Islam kepada penduduk Madinah. Bersamanya panah. Sampai sahaja, dia terus menarik baju Mus'ab dan mendekatkan panah itu pada leher Mus'ab. Dia menyuruh Mus'ab menghentikan usaha dakwah.Mus'ab tidak melenting atau menentang.

Kata Mus'ab:"Apa kata kau duduk dahulu dan mendengar apa yang aku hendak katakan? Kemudian jika kau suka, kau boleh ikuti. Jika kau tidak suka, maka aku boleh pergi"Kelembutan Mus'ab dan ketenangannya, membuatkan hati Sa'ad bin Muaz lembut.

Apabila dia mendengar kata-kata Mus'ab, ceramah Mus'ab dan Islam yang Mus'ab sampaikan, Sa'ad bangun. Dia berkata kepada Mus'ab:"Islam ini, bagaimana aku boleh menganutnya?

"MasyaAllah. Begitulah dia Mus'ab bin Umair.

Rasulullah SAW pun memuliakannya.Ketika Peperangan Uhud, Mus'ab bin Umair adalah salah seorang jeneral. Dia pembawa panji.Peperangan itu, menyaksikan Mus'ab bin Umair bertempur ibarat singa. Namun, kerana dia memegang panji, tentera musyrikin berusaha untuk menjatuhkannya. Tangan kirinya yang memegang panji diserang hingga terpotong. Pantas dia memegang panji dengan tangan kanan. Dia terus bertempur. Akhirnya tangan kanan turut terpotong.Mus'ab bin Umair, untuk mempertahankan panji yang mewakili maruah Islam, terus memegang panji dengan kedua pangkal lengannya. Akhirnya tubuhnya itu dihujani anak panah, menyebabkan dia tumbang syahid.

Saat syuhada' Uhud hendak dikebumikan, mayat-mayat syuhada' Uhud ditutup dengan kain. Kain yang menutup Mus'ab bin Umair tidak cukup untuk menutup seluruh tubuhnya. Jika kepalanya ditutup, maka kakinya terbuka dan begitulah sebaliknya.Melihat keadaan ini, Rasulullah SAW menangis.Akhirnya diarahkan untuk menutup kepala Mus'ab bin Umair dengan kain, manakala kakinya ditutup dengan daun kering.Begitulah dia kisah seorang syuhada', `putera Makkah' yang telah berkorban.Pembaca-pembaca, ketahuilah bahawa, itulah namanya pengorbanan.

Kadangkala,
kita menyedekahkan seratus dua ringgit,
kita rasa itu satu pengorbanan. Sedangkan gaji kita RM10,000 sebulan.

Kadangkala,
kita dapat bangkit qiamullail dua rakaat,
kita sudah rasa itu satu pengorbanan.
Sedangkan kita bangkit itu sekali sahaja dalam setahun.
Malah banyak hari kita terlajak subuh.

Kadangkala,
kita dapat berpuasa sunat sehari. Kita berlapar. Kita rasa itu pengorbanan. Sedangkan kita berpuasa sunat itu sekali sahaja dalam beberapa bulan.
Kita baru studi sejam dua, kita rasa itu pengorbanan.
Sedangkan kita leka dan lalai berpuluh-puluh jam lamanya.
Amal kita sedikit, kita rasa itu pengorbanan.
Sumbangan kita sedikit, kita rasa itu pengorbanan.
Hakikatnya, kita tidak faham apa itu `korban'.
Pengorbanan yang sebenar adalah seperti apa yang ditunjukkan Mus'ab bin Umair kepada kita.

Sedangkan Islam, untuk bangkit seperti zaman kegemilangannya, memerlukan manusia-manusia yang sedia berkorban seperti Mus'ab Bin Umair.
Pengorbanannya menonjolkan keimanannya.
Kerna, manusia yang benar-benar beriman kepada Allah, dia akan faham dengan sebenarnya akan kata-kata:

"Cukuplah Allah sebagai wakil"

MasyaAllah…Sama-sama lah kita, muhasabah diri kita, dengan sirah Mus'ab bin Umair ini.
Semoga kita berjaya menjadi hamba sepertinya.
Dia adalah antara anak-anak di madrasah Rasulullah SAW,
yang melihat dunia dari jendela akhirat.

Semoga Allah bantu kita untuk menjadi seperti dia.

i've copied it and i want to share it

11:34 AM Edit This 4 Comments »

Ingatlah,
jgn kamu menanam pohonan syurga dgn benih2 neraka.
Mengerjakn solat tetapi x mendekatkn diri kepadaNya.
Tahajud &gerakan badan, sedang hati x bersama2.
Bangun di malam hari sedang simbahan cahaya pada mata hati redup sekali.
Bacaan al-Quran ...menjadi basahan lidah sedangkn akal x mengerti &jiwa semakin kontang.
Zikir terlafaz sedangkn mata x menangis.
Hanya merenung dosa dgn ingatan bukan dengan jiwa &rasa mendalam..

I adores Aliyah and how about you?

11:38 AM Edit This 0 Comments »
"Sayang, Abang minta izin untuk nikah sorang lagi," Aliyah yang sedang melipat kain, terdiam seketika. Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak. Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga dipasang. Tapi, ahh bukanlah.
TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk?

Dia menghela nafas panjang.

Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum. Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin. Pengabisannya dia kembali kepada suaminya.

Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.

"Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga," sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah.

" Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis," masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis.

Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi, selesai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak- anak. Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya.

" Abang , Aliyah setuju dengan permintaan Abang. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu," Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya. Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran. Aliyah terlalu sempurna, baik tetapi ahh hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda.

"Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja, boleh?" pelik benar permintaan isterinya. Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan. Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak.

Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman daripada Aliyah.

"Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abang," terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau. "Kak Aliyah yang minta," masih lembut dia memujuk Qis.

"Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis?" "Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!" terkejut Asraf Mukmin. "Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. Abang dah lama hidup dengannya. Abang faham," Qistina mengalih pandangannya.

Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina lah. Jangan haraplah jika nak membuli aku. Desis hati kecil Qistina. Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya. Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di Masjid Putra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra.

Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majlis kuliah agama. Membaca Al-Quran secara bertaranum itu adalah kesukaannya. Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan. Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji. Menitis air matanya. Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu. Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah.

Tit tit... sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya. "Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik utk Abang jadikan isteri. Qis tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya untuk bersama Abang.
"

Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.

Kepada: Asraf Mukmin, Suami yang tersayang...

Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.
---------------------------------------------------------------

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani.


Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu. Abang yang dikasihi, genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina. Terima kasih kerana Abang membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik. Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.


1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyah yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju- bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan Abang. Aliyah tak sanggup Abang diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa Abang sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana , apatah lagi Abang nak menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan Abang...

2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan Abang. Aliyah tahu selera Abang hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera Abang sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, Abang muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka. Kesian nanti, tak makan la pula anak-anak kita. Aliyah sayangkan Abang...

3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat Abang yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak-anak Abang untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung... Aliyah sayangkan Abang...

Abang yang disayangi, cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah tak terdaya. Abg lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, Abang mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan Abang mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.

Abang yang dicintai, di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak. Jika munajat Abang di Masjid Putra mengiayakan tindakan Abang ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina. Oh ya, lupa nak cakap, Qistina telah berada di Sawarak. Menunggu Abang... Aliyah sayangkan Abg...

Tetapi jika Abg merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri Abang, pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah... Aliyah sayangkan Abg.

Tetapi, jika Abg merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk Abangg.. tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaran Abang, roti canai.. air tangan Aliyah.

Salam sayang, Aliyah Najihah binti Mohd Hazery.

sumber: www.iluvislam.com

1:06 PM Edit This 2 Comments »
"Tanda-tanda orang yang budiman ialah dia akan berasa gembira jika dapat berbuat kebaikan kepada orang lain, dan dia akan berasa malu jika menerima kebaikan daripada orang lain."
dan
"Berusahalah dengan ikhlas tanpa memikirkan balasan semata-mata, kerana semakin tinggi keikhlasan di dalam diri, semakin tinggilah balasan baik yang akan diperolehi dalam keadaan sedar atau tidak."

::sod.ba.ro::

11:04 AM Edit This 0 Comments »
Org yg tdk sabar menunggu dtgnya rezeki
& selalu gelisah
kerana semua kesenangannya tidak kunjung tiba
adalah seumpama makmum yg mendahului imam dlm solat berjemaah,
padahal dia tahu
bahawa dirinya tidak boleh memberi salam
sebelum imam memberi salam terlebih dahulu.
Segala permasalahan manusia dan rezeki itu
sudah ditentukan
dan ditetapkan 50 ribu tahun sebelum adanya perciptaan itu sendiri.
Semua ketetapan ALLAH pasti akan datang,
maka janganlah kamu meminta-minta agar disegerakan kedatangannya...(An-Nahl : 1)
...dan jika ALLAH menghendaki kebaikan bg kamu, maka tidak satupun yg dpt menolak kurniaNYA....(Yunus : 107)

7:41 PM Edit This 0 Comments »
Wahai anakku,
Sekiranya engkau ingin mencari teman,
Ujilah ia dengan sesuatu yang boleh menaikkan marahnya itu,
seandainya dia menasihatimu dalam marahnya itu,
Ketahuilah bahawa dialah teman yang baik bagimu.
~wasiat Luqman Al Hakim~

Pesan untuk Hati♥

7:34 PM Edit This 4 Comments »
Pesan pada hati,
sekiranya kau peroleh kejayaan,
janganlah kau berbangga diri kerana itu hanyalah pinjaman dari Allah
& bila2 masa ianya akan ditarik balik..

Pesan juga pada hati,
sekiranya kau mengalami kegagalan,
usah bersedih kerana ianya adalah ujian dari Allah,
untuk menguji sekuat mana hatimu menghadapinya
kemudian bangkit dari kegagalan itu...

Pesan pada hatimu juga,
jagalah hubungn kasih sayang (ukhwah)
kerna itulah pelentur semangat dalam kehidupan.. (~_^)
__._,_.___