9:44 PM Edit This 0 Comments »
X

atas nama cinta♥

5:09 PM Edit This 0 Comments »
Cinta bukan satu keseronokan nafsu.
Kerana engkau sentiasa percaya – Kalau benar cinta, mesti mahu bersama ke syurgaNya.
Apa-apa yang melemparkan ke neraka, itu bukan cinta namanya. Engkau kekal dengan prinsip itu.

koyak straight!

6:26 PM Edit This 1 Comment »
Aku, Sushi, dan Pengajaran
Kali pertama aku makan sushi adalah ketika di bandar Sheffield, UK.
Ia adalah sushi buatan rakan sendiri.
Ketika sushi dah siap untuk dihidangkan, aku mencongak bagaimanalah rasa sushi ni sebenarnya.

Dua orang kawan yang sudahpun sebati dengan sushi dalam kehidupan mereka tidak sabar-sabar untuk melihat aku memakan sushi tersebut.
Namun, aku biarkan mereka menjamu juadah tersebut dahulu.
Bahagia.
Itu yang terpancar di muka mereka.

Aku mencubanya.
Ia adalah sushi yang sudah dimasak. Bukan yang mentah.

Masuk sedikit, terasa pelik.
Rasanya aneh sekali.
Kemudian, aku terus gigit sampai ke bahagian betul-betul di tengah-tengah sushi.
Bahagian yang segala jenis benda dibalut.

Wajah pucat.
Terasa nak muntah.
Dan akhirnya aku luahkan kembali dan buang ke dalam tong sampah diam-diam.

Aku ingat mereka tak sedar.
Rupanya mereka lihat dari awal lagi.
Dan aku ditertawakan.

=.="

Sejak hari tu, aku berazam.
Itulah sushi yang pertama dan terakhirku.

Melainkanlah satu hari nanti, aku berpenyakit.
Dan untuk sembuh, tiada cara lain melainkan untuk makan sushi.
Mungkin aku akan kembali makan sushi kembali.

Rasanya,
kalau sushi tu manis dan sedap pada lidah aku,
mungkin aku akan menyukainya untuk selama-lamanya.
=D

*******

Personally,
Aku rasakan tarbiyyah juga begitu. Dakwah juga begitu.
Orang rasa jauh, sebab tak rasa 'kesedapan' seperti yang orang yang menyampaikan tarbiyyah rasa.
Malahan kepahitan pulak yang terhidang.
Yang kita tak menyedarinya pun.

Memang pengalaman sendiri pun.
Aku pernah cuba lari dari dakwah dan tarbiyyah.
Sebab pahit yang dirasa. Trauma. Dan pelbagai lagi.
Aku pernah mencari jalan hidup baru selain jalan tersebut.
Yang boleh membuatkan aku gembira.

Main video games, hampir 24/7.
Kacau danish, 24/7.
Melepak, selalu.

Tapi aku terasa kosong.
Sangat-sangat kosong.
Aku tengok Quran, hati rasa jauh sekali denganNya.
Hati? Haruslah selalu tak tenang.
Tak kiralah macam mana pun aku cari ketenangan,
seperti bermain chess, bercuti ke sabah selama sebulan,
ianya hanya ketenangan yang sementara.

Dan sekurang-kurangbya bagi aku,
aku rasa memang tak ada jalan lain,
melainkan memilih jalan yang orang lain boleh saling menasihati.
Menasihati untuk membuat apa-apa pergantungan, adalah kepada Allah secara total.

link: http://heartndiary.blogspot.co.nz/
heartndiary.blogspot.com

ohmyRobb, guide me!

8:09 PM Edit This 0 Comments »
Al-Anfal:48

Dan (ingatlah) ketika syaitan menjadikan terasa indah bagi mereka perbuatan (dosa) mereka dan mengatakan, "tidak ada (orang) yang dapat mengalahkan kamu pada hari ini, dan sungguh, aku adalah penolongmu"

Maka ketika kedua pasukan itu telah saling melihat (berhadapan), syaitan balik ke belakang seraya berkata, "sesungguhnya aku BERLEPAS DIRI dari kamu; aku dapat melihat apa yang kamu tidak dapat melihat; sesungguhnya aku TAKUT KEPADA ALLAH"

Allah sangat keras seksanya!

syaitan itu TAKUT kepada Allah
hanya kerana ego dan sombong
syaitan itu sangat BENCI akan manusia
namun sangat TAKUT pada Allah

tapi manusia ini bagaimana?
bila tidak solat atau lewat solat
itu tanda apa?
bila tidak puasa atau pura pura puasa?
bila tidak tilawah dan tadabbur ayat ayat cintaNya?
itu tanda apa?
bila tidak menjalankan shahadatul HaqNya?
bila lalai dalam pengurusan masa?
itu tanda apa?
dan bila hati tidak khusyuk?
itu TANDA APA??


syaitan itu TAKUT kepada Allah
maka walau dia lah yang menyogok kita untuk lupa kepadaNya
tapi dia juga sangat pelik
akan kita yang sanggup
tidak berperanan sebagai hamba

syaitan itu,
sungguh..takut kepada ALLAH!!
kita?

#jommuhasabah2

6:56 AM Edit This 1 Comment »


Adapun seorang mujahid yang tidur sepenuh kelopak matanya,

makan seluas mulutnya,

tertawa selebar bibirnya,

dan menggunakan waktunya untuk bermain dan kesia siaan,

mustahil ia termasuk orang orang yang menang

dan mustahil tercatat dalam jumlah para mujahidin!!

::Imam Hassan Al Banna::


pengsan!

innalillahiwainnailahiroojiuun~


ayuh, bangkit tiArA!!!

#jommuhasabah

3:54 PM Edit This 1 Comment »
assalamualaikum wbt

setelah sekian lama 'senyap' akhirnya terpanggil untuk update
jazakillah kepada yang remind
sungguh, banyak yang ingin ana tuliskan
tapi diri ini sungguh tidak sempurna
takut dengan ke'futur'an yang kerap kali datang menjengah
takut dengan le'luntur'an tarbiyyah dzatiyyah
yang akan longgar
tanpa mathurat pagi petang, qiam, dhuha, tilawah, dan alMulk sebelum tidur

jadi, suka kiranya ana mengajak antum muhasabah bersama
saling ingat mengingati dan memperbaiki diri demi Islam dan Iman yang kita cinta
baru baru ini ada baca satu quote yang sangat terkesan di hati
dari buku 'Apa Erti Saya Bergabung Dalam Harakah Islam' karya Fathi Yakan


Sesiapa yang menukarkan keredhaan manusia dengan kemurkaan Allah, tidaklah Allah menambah kepadanya melainkan dengan kehinaan dan barangsiapa yang menukarkan keredhaan Allah dengan kebencian manusia, tidaklah Allah menambah kepadanya melainkan kemuliaan. Sungguh benar sabda baginda Rasulullah SAW:
' Jangan seseorang dari kamu menjadi orang yang tidak punya pendirian dengan berkata: "Aku bersama orang ramai, jika sekiranya mereka berbuat baik aku pun berbuat baik, jika mereka melakukan kejahatan akupun turut melakukan kejahatan. Tetapi hendaklah kamu menetapkan pendirian kamu, maka jika sekiranya manusia berbuat baik hendaklah kamu berbuat baik, tetapi jika mereka berbuat jahat, maka hendaklah kamu menjauhkan diri dari berbuat jahat terhadap mereka".'

peluh kecil T-T

terasa kerdil diri ini
merasakan diri tertampar sehingga pengsan bangun semula pun
tetap rasa berdosa


yaAllah, kuatkanlah hati, iman dan taqwa hambaMu ini !

semoga mutabaah amal semakin meningkat dan istiqamah hari demi hari
walau tanpa akhowat disisi untuk mengingatkan

doakan :)

salam sayang,
tiArA

posto POSTO! II

4:13 PM Edit This 1 Comment »
Khas Daripada Hilal Asyraf: Kadangkala kita tidak perlu kepada tulisan panjang.

Assalamu'alaikum.

Apa khabar?
Saya mendoakan agar anda bahagia dan tenang dalam mengharungi kehidupan.
Semoga anda berada dalam rahmat Allah, kasih sayangNya, sentiasa hangat untuk mencari cintaNya, dan bergerak untuk mengubah diri menjadi yang lebih baik buatNya.

Kita bertemu lagi dalam surat saya.
Alhamdulillah, sebahagian daripada anda sampai membalas semula surat saya. Alhamdulillah.
Perlahan-lahan kita bergerak.

Saya usaha untuk istiqomah dalam menghantar surat ini seminggu sekali, tanda hubungan saya dengan anda, tanda kasih sayang yang ada antara kita, tanda kita ini sama-sama hendak lengkap melengkapi dalam perjalanan kita kepadaNya. Doakan agar ini semua diredhai Allah SWT.

Surat minggu ini tidak panjang.
Ya. Kadangkala, kita tidak perlu pada tulisan panjang dan bicara yang berjela.
Tetapi yang kita perlukan adalah duduk sebentar, dan melihat semula kehidupan kita.

Bolehkah?

Mari, kita duduk sebentar dan muhasabah diri.
Pernahkah kita duduk sebentar, dan berbicara(berdoa) dengan Ilahi?
Meluahkan kepadaNya segala kelemahan kita.
Menceritakan kepadaNya segala keaiban kita.
Mengadu kepadaNya segala kesusahan dan kepayahan kita dalam bergerak menjadi hambaNya?
Pernahkah kita, menangis, mengalirkan air mata kepadaNya?

Ya. Kadangkala kita tidak memerlukan tulisan dan bicara panjang.
Yang kita perlukan adalah amal.
Pernahkah kita bergerak memperbaiki kualiti solat kita?
Pernahkah kita berusaha memperbaiki tajwid bacaan Al-Quran kita?
Adakah kita berusaha menambah bilangan mukasurat Al-Quran yang kita baca sehari?
Bagaimana dengan solat-solat sunat?
Bagaimana dengan amal-amal kebaikan lain yang ringan seperti senyum kepada sahabat, sedekah, dan sebagainya?

Ya. Pernahkah kita duduk sebentar dan melihat semula kepada semua itu.

Berbalik kepada hal ketenangan hati,
kadangkala kita tidak sedar bahawa kesedaran hati itu muncul daripada amal kebaikan, daripada muhasabah diri kita dengan Ilahi.

Nah. Kadangkala kita tidak perlu kepada tulisan dan bicara panjang.
Yang kita perlu adalah amal yang sentiasa kita tingkatkan saban hari.