atas nama cinta♥

5:09 PM Edit This 0 Comments »
Cinta bukan satu keseronokan nafsu.
Kerana engkau sentiasa percaya – Kalau benar cinta, mesti mahu bersama ke syurgaNya.
Apa-apa yang melemparkan ke neraka, itu bukan cinta namanya. Engkau kekal dengan prinsip itu.

koyak straight!

6:26 PM Edit This 1 Comment »
Aku, Sushi, dan Pengajaran
Kali pertama aku makan sushi adalah ketika di bandar Sheffield, UK.
Ia adalah sushi buatan rakan sendiri.
Ketika sushi dah siap untuk dihidangkan, aku mencongak bagaimanalah rasa sushi ni sebenarnya.

Dua orang kawan yang sudahpun sebati dengan sushi dalam kehidupan mereka tidak sabar-sabar untuk melihat aku memakan sushi tersebut.
Namun, aku biarkan mereka menjamu juadah tersebut dahulu.
Bahagia.
Itu yang terpancar di muka mereka.

Aku mencubanya.
Ia adalah sushi yang sudah dimasak. Bukan yang mentah.

Masuk sedikit, terasa pelik.
Rasanya aneh sekali.
Kemudian, aku terus gigit sampai ke bahagian betul-betul di tengah-tengah sushi.
Bahagian yang segala jenis benda dibalut.

Wajah pucat.
Terasa nak muntah.
Dan akhirnya aku luahkan kembali dan buang ke dalam tong sampah diam-diam.

Aku ingat mereka tak sedar.
Rupanya mereka lihat dari awal lagi.
Dan aku ditertawakan.

=.="

Sejak hari tu, aku berazam.
Itulah sushi yang pertama dan terakhirku.

Melainkanlah satu hari nanti, aku berpenyakit.
Dan untuk sembuh, tiada cara lain melainkan untuk makan sushi.
Mungkin aku akan kembali makan sushi kembali.

Rasanya,
kalau sushi tu manis dan sedap pada lidah aku,
mungkin aku akan menyukainya untuk selama-lamanya.
=D

*******

Personally,
Aku rasakan tarbiyyah juga begitu. Dakwah juga begitu.
Orang rasa jauh, sebab tak rasa 'kesedapan' seperti yang orang yang menyampaikan tarbiyyah rasa.
Malahan kepahitan pulak yang terhidang.
Yang kita tak menyedarinya pun.

Memang pengalaman sendiri pun.
Aku pernah cuba lari dari dakwah dan tarbiyyah.
Sebab pahit yang dirasa. Trauma. Dan pelbagai lagi.
Aku pernah mencari jalan hidup baru selain jalan tersebut.
Yang boleh membuatkan aku gembira.

Main video games, hampir 24/7.
Kacau danish, 24/7.
Melepak, selalu.

Tapi aku terasa kosong.
Sangat-sangat kosong.
Aku tengok Quran, hati rasa jauh sekali denganNya.
Hati? Haruslah selalu tak tenang.
Tak kiralah macam mana pun aku cari ketenangan,
seperti bermain chess, bercuti ke sabah selama sebulan,
ianya hanya ketenangan yang sementara.

Dan sekurang-kurangbya bagi aku,
aku rasa memang tak ada jalan lain,
melainkan memilih jalan yang orang lain boleh saling menasihati.
Menasihati untuk membuat apa-apa pergantungan, adalah kepada Allah secara total.

link: http://heartndiary.blogspot.co.nz/
heartndiary.blogspot.com

ohmyRobb, guide me!

8:09 PM Edit This 0 Comments »
Al-Anfal:48

Dan (ingatlah) ketika syaitan menjadikan terasa indah bagi mereka perbuatan (dosa) mereka dan mengatakan, "tidak ada (orang) yang dapat mengalahkan kamu pada hari ini, dan sungguh, aku adalah penolongmu"

Maka ketika kedua pasukan itu telah saling melihat (berhadapan), syaitan balik ke belakang seraya berkata, "sesungguhnya aku BERLEPAS DIRI dari kamu; aku dapat melihat apa yang kamu tidak dapat melihat; sesungguhnya aku TAKUT KEPADA ALLAH"

Allah sangat keras seksanya!

syaitan itu TAKUT kepada Allah
hanya kerana ego dan sombong
syaitan itu sangat BENCI akan manusia
namun sangat TAKUT pada Allah

tapi manusia ini bagaimana?
bila tidak solat atau lewat solat
itu tanda apa?
bila tidak puasa atau pura pura puasa?
bila tidak tilawah dan tadabbur ayat ayat cintaNya?
itu tanda apa?
bila tidak menjalankan shahadatul HaqNya?
bila lalai dalam pengurusan masa?
itu tanda apa?
dan bila hati tidak khusyuk?
itu TANDA APA??


syaitan itu TAKUT kepada Allah
maka walau dia lah yang menyogok kita untuk lupa kepadaNya
tapi dia juga sangat pelik
akan kita yang sanggup
tidak berperanan sebagai hamba

syaitan itu,
sungguh..takut kepada ALLAH!!
kita?

#jommuhasabah2

6:56 AM Edit This 1 Comment »


Adapun seorang mujahid yang tidur sepenuh kelopak matanya,

makan seluas mulutnya,

tertawa selebar bibirnya,

dan menggunakan waktunya untuk bermain dan kesia siaan,

mustahil ia termasuk orang orang yang menang

dan mustahil tercatat dalam jumlah para mujahidin!!

::Imam Hassan Al Banna::


pengsan!

innalillahiwainnailahiroojiuun~


ayuh, bangkit tiArA!!!