hadith ke-31 An-Nawawi

1:38 PM Edit This 0 Comments »
ZUHUD VS CINTA DUNIA

عن أبي العباس سهل بن سعد الساعدي رضى الله عنه قال : جاء رجل إلى النبى صلى الله عليه وسلم: فقال : يارسول الله دلّني على عمل إذا عملته أحبّنى الله وأحبني الناس. فقال : ازهد فى الدنيا يحبك الله وازهد فيما عند الناس يحبك الناس. حديث حسن.
Dari Abi Al Abbas Sahl Bin Sa’ad Sa’idiy RA, Katanya : Telah datang seorang lelaki kepada Nabi SAW bersabda : Ya Rasulullah ! Tunjukkanlah kepada aku suatu amal yang apabila aku kerjakannya, dikasihi aku oleh ALLAH dan dikasihi oleh manusia. Kemudian Rasulullah SAW bersabda : hendaklah zuhud pada dunia, nescaya engkau dikasihi ALLAH, dan engkau zuhud pada apa yang ada di sisi manusia, nescaya engkau dikasihi oleh manusia. ( Hadis Hasan )

Ulasan Hadis :

1. Hadis ini menceritakan tentang zuhud. Zuhud yang dimaksudkan di dalam Hadis ini ialah zuhud dengan dunia iaitu berpaling dari suatu atau menghendaki kepada suatu kerana nilainya. Menurut istilah syara’ ialah mengambil sekadar yang perlu dari suatu yang diyakini halalnya.

2. Namun istilah zuhud menurut tasawwuf terlalu banyak pengertian dan tafsirannya. Diantaranya ialah : 1) Benci kepada dunia dan berpaling daripadanya. 2) Meninggalkan kesenangan dunia kerana kesenangna akhirat. 3) Kosongkan hati daripada suatu dan letakkan ianya hanya ditangan. 4) Menghindarkan duka atas yang tiada, dan menghilangkan gembira dengan yang ada.

3. Namun makna yang paling dipersaetujui ulama’ ialah oleh Ibnu Qayyim Al Jauzi : ( Kosongkan hati dari dunia bukan kosong ditangan ) dalam makna yang lain : ( Kosong sama sekali dari suatu sama ada dari dunia atau syurga diakhirat kelak kecuali ALLAH ).

4. Manakala zuhud menurut Imam Ghazali ialah : ( Bukanlah orang yang zuhud itu orang yang tiada berharta. Tetapi orang yang zuhud ialah orang yang tidak bimbang sekirangya hartanya dan seluruh alam ini kepunyaannya).

5. Sesungguhnya sifat zuhud adalah sifat yang mengandungi suatu pengertian yang sangat beharga dan mulia. Selagimana seseorang itu percaya kepada dirinya dalam urusan dan berlepas harap daripada manusia dan nafsu maka dia kan terpelihara daripada sifat yang boleh merosakkan kehormatanya.

6. Manusia hari ini, berlumba-lumba dalam mengejar dunia, sesama sendiri bermegah-mengah dengan kemewahan yang ada, malah tidak merasa cukup dengan apa yang ada. Tidak boleh nampak ada orang yang lebih mahu disainginya.

7. Besyukurlah dengan apa yang kita miliki, kerana dunia milik DIA dan seharusnya kita mencintai Dia bukan mencintai duniaNYA.

8. Untuk mengenal diri samada memiliki cinta dunia atau tidak, contohnya; jika kereta (benda atau apa-apa yang kita sayang) yang kita miliki hilang, dicuri atau rosak, maka ketika itu jika ada perasaan sedih, hampa, tidak puas hati dan berkocak dihati dengan sebab kehilangannya, itulah tanda di hati kita ada cinta terhadap dunia....sebanyak mana yang kita sedih dan runsingkannya maka sebanyak itu jugalah akhirat keluar daripada hati kita.

WALLAHU’ALAM.

kita merancang dengan cita cita, Allah merancang dengan CINTA

9:17 AM Edit This 2 Comments »
Hadis Sahih Muslim, daripada Abu Hurairah ra, katanya Rasulullah saw bersabda:

Orang mukmin yang kuat adalah lebih baik dan lebih dikasihi Allah SWT daripada orang mukmin yang lemah. Masing-masing ada mempunyai kebaikan. Bersungguh-sungguhlah mengerjakan sesuatu yang berguna (di dunia dan di akhirat); dan hendaklah selalu meminta pertolongan daripada Allah dan jangan berasa lemah, yakni putus harapan, atau merasa hampa. Jika engkau ditimpa sesuatu janganlah berkata "kalaulah aku berbuat demikian tentu akan jadi begini dan begitu"; akan tetapi katakanlah "Taqdir Allah, dan Allah berbuat sekehendak-Nya". Sesungguhnya perkataan 'kalaulah' hanya membukakan jalan bagi syaitan untuk berbuat sesuatu.

Aku kena KUAT!
KUAT
KUAT~~~

aishhh, susah jugak..tapi,

7:34 AM Edit This 0 Comments »
عن أبى هريرة رضى الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال : لا تنزع الرحمة إلا من شقيّ

Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda : “ Tidak dicabut sifat berbelas kasihan melainkan daripada orang yang jahat.” ( Riwayat Abu Daud dan Tirmizi).

Tidak berlemah lembut itu sifat tercela.

Muhasabah diri seketika.
Aku merasakan aku kekurangan sifat berlemah lembut ini.
Kadang kadang je aku lemah lembut.
Selalunya tidak.
Cakap main lepas saje.
Ikut sedap je.
Haish,
kena buang sifat tercela ni.

Seperti hadith di atas,
Sifat lemah lembut merupakan salah satu daripada sifat ALLAH SWT, manakala insan yang paling berhati dan berjiwa lembut adalah Nabi kita SAW. Baginda merupakan manusia yang paling baik akhlaknya.

Sifat lemah lembut akan terzahir jika dihati kita memiliki sifat lembut, hati yang lembut tidak akan tercipta seandainya tidak dihiasi dengan keimanan.
Semua orang nak menjadi orang yang beriman kan?

Dan dengan menanam sifat berlemah lembut dan berbelas kasihan inilah kita boleh menambahkan keimanan kita yang turun naik ini.

At Toiyibi mengatakan : Ini kerana sifat belas kasihan sesama makhluk adalah daripada kelembutan di hati. Kelembutan di hati adalah tanda keimanan. Orang yang tidak berlembut hati, tiada keimanan baginya. Orang yang tidak mempunyai imana adalah jahat. Maka orang yang tidak berlembut hati adalah jahat. ( Tuhfah al Ahwazi)

Kita akan lebih mesra dan tenang apabila bersama dengan mereka yang berlemah lembut dalam pergaulan.
Orang yang memiliki sifat yang lembut ialah orang yang sentiasa bertutur sopan dalam berbicara,
menghindari daripada percakapan yang kasar serta bahasa yang menyakitkan hati orang lain,
menerima teguran dan nasihat serta suka menasihati, mudah memohon maaf dan memberi kemaafan,
cuba sedaya upaya mengelak daripada marah, serta menyembunyikan keaiban orang lain
dan memiliki hati yang penyayang.


Kena berusaha!

Marilah sama-sama kita berusaha sedaya upaya untuk bersifat dan bersikap lemah lembut dan menjaga akhlak.
Lebih-lebih lagi terhadap mereka yang selalu bersama kita, bekerja bersama kita, bermu'amalah seharian dsb.
Semoga ALLAH mencantikan peribadi kita sepertimana DIA menciptakan kita dengan sebaik-baik kejadian.

Wallahu'a'lam.

tiArA

distinctive. let's be it!

4:12 PM Edit This 2 Comments »
Salam 'Alaikum.

Alhamdulillah. Baru sehari. Komen positif sudah diterima.
Bertambah semangat aku untuk menulis lagi
walaupun ada test esok.

Kali ini nak bincang topik tentang
menjadi generasi Al Quran yang unik!

Introduction

"
Dan sekalipun telah kami perintahkan kepada mereka, 'bunuhlah dirimu atau keluarlah kamu dari kampung halamanmu,' ternyata mereka tidak akan melakukannya, kecuali sebahagian kecil dari mereka. dan sekiranya mereka benar benar melaksanakan perintah yang diberikan, nescaya itu lebih baik dari mereka dan lebih menguatkan iman mereka,
~~4:66


Bukan senang untuk menyeru kepada kebaikan (susah lagi untuk mencegah kemungkaran). Dan bukan semua mampu untuk berkorban.
Yang membezakan ialah keinginan dan kekuatan.
Sejauh mana kekuatan dan keinginan kita untuk berkorban?
Berkorban menjadi lebih baik dari semalam.
Berkorban menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.
Berkorban untuk jalan ALLAH yang luas penuh berduri penuh liku seperti yang dilalui oleh Rasulullah saw.

Generasi AlQuran Yang Unik

Macam mana yang dikatakan genarasi Al Quran yang unik ini?
Mari kita menelaah madrasah Rasulullah, di mana sahabat sahabat pada ketika itu mendarah dagingkan AlQuran. Mereka tidak akan bangun dan berganjak dari 10 ayat Alquran yang dihafaz pada satu masa sehingga ayat ayat itu diamalkan. MasyaALLAH.

Bagaimana pula ciri ciri generasi AlQuran yang unik ini?
  • Kekuatan Aqidah : Keimanan yang berlandaskan keyakinan pada Allah (taqwa). Membina kekuatan dalaman dan luaran untuk hanya takut pada Allah.
"(iaitu) orang orang yang menyampaikan risalah Allah, mereka takut kepadaNya dan tidak merasa takut kepada sesiapapun selain Allah. Dan cukuplah Allah sebagai pembuat perhitungan"~~33:39

"......'cukuplah Allah menjadi penolong bagi kami dan Dia sebaik baik pelindung."~~3:173

kan Allah ada?
insyaALLAH...cuba pupuk jiwa kita untuk yakin dan berserah hanya padaNYA.

  • Berpegang teguh dan bersikap tegas
" katakanlah, 'jika bapa bapamu, anak anakmu, isteri isterimu, keluargamu, harta kekayaan yang kamu ushakan, perdagangan yang kamu khuatirkan kerugiannya, dan rumah rumah tempat tinggal yang kamu sukai, lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasulnya serta berjihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah memberi keputusanNya' dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang orang yang fasik"~~9:24

maka tunggulah sampai Allah memberi keputusanNya!
sampai begitu sekali Allah membuat perumpamaan untuk kita sebagai hamba berfikir dan bertindak
jika kamu orang orang yang berfikir
meyakini akan perhitungan Allah di akhirat kelak
ayuh kita pegang tali Allah dengan teguh
dan berusaha untuk mujahadah dan bertegas dalam membuang jahiliyyah dalam diri.

  • Berkasih sayang sesama mukmin
"Wahai orang orang yang beriman! Barangsiapa di antara kamu yang keluar dari agamanya(agama terdahulu), maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum, Dia mencintai mereka dan mereka pun mencintaiNya, dan bersikap lemah lembut terhadap orang orang yang beriman tetapi bersikap keras terhadap orang orang kafir, yang berjihad di jalan Allah, dan tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah kurnia Allah yang diberikanNya kepada siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas pemberianNya, Maha Mengetahui"~~5:54

Allah tahu kita lemah kalau berseorangan,
lalu Allah kurniakan kita sahabat sahabat yang saling sayang menyayang
untuk menguatkan kita.
Seperti yang terjadi antara kaum Muhajirin dan Ansar yang bersaudara dan berukhuwwah kerana Allah.
dan indahnya ukhuwwah kerana ALLAH itu lebih manis dan lebih kekal berbanding ukhuwwah kerana pertalian darah.
Mari berkasih sayang!
Sayang kerana Allah.
Sayang yang bersyarak.

Hassan Al-Banna juga mengatakan; serendah rendah ukhuwwah ialah berlapang dada dan setinggi tinggi ukhuwwah ialah ithar (melebihkan orang lain berbanding diri sendiri).
Namun, diingatkan di sini tiada ithar dalam ibadah (terutama ibadah khusus).

  • Kesetiaan tidak berbelah bagi kepada Allah dan Rasul
"Sesungguhnya penolongmu hanya ALLAH, RasulNya, dan orang orang yang beriman, yang melaksanakan solat dan menunaikan zakat, seraya tunduk kepada Allah. Dan barangsiapa yang menjadikan Allah, RasulNya dan orang orang yang beriman sebagai penolongNya, maka sungguh pengikut agama Allah itulah yang menang"~~5:55-56

Tidakkah kita dihidupkan di muka bumi ini untuk berusaha menjadi golongan yang menang yang Allah maksudkan dalam ayat tersebut?
Ya.
Golongan yang menang.
Golongan yang bahagia di dunia mahupun dia akhirat.
Golongan yang mendapat syurga yang penuh kenikmatan dengan rahmat dan redha ALLAh.
Sangat mengiurkan bukan?

Penutup

AlQuran ini tidak digunakan untuk memujuk mujuk sahaja, AlQuran adalah buku perintah!
Sahabat sahabat di madrasah Rasululullah sentiasa merasakan setiap ayat yang turun itu ditujukan khas buat mereka.

Jika ayat untuk orang yang kufur, sahabat sahabat akan mengkaji dan jadikan sempadan.
Jika ayat untuk orang yang munafik, sahabat sahabat fikir dan muhasabah adakah ciri ciri orang yang munafik itu ada pada mereka.
Jika ayat untuk orang mukmin, sahabat sahabat akan jadikannya sebagai tujuan untuk dikecap dan dijadikan matlamat.

SubhanALLAH.

Anda mahu menjadi generasi AlQuran yang unik ini?
Ayuh!
Let's be it,

tiArA

buat tak?

10:39 AM Edit This 0 Comments »
Salam semua.

Untuk entri pertama ini ditujukan khas untuk yangmemrlukannya. Anda sedar atau tidak anda memerlukannya..tanyalah iman anda. Adakah anda sensitif dengan isu ini? Isu apa?

Isu solat.
Solat apa?

Solat Berjemaah.
Ya.

Mungkin kita rasa tidak perlu asal solat penuh 5 waktu sehari semalam.
Mungkin kita rasa malas nak cari kawan nak solat sama2 sebab leceh la apa kan.
Mungkin juga kita rasa kita kejar masa dan tak sempat menunggu kawan untuk solat sama.
Mungkin juga tidak ada orang yang mengajak solat berjemaah ni.
Atau mungkin anda sendiri tak peduli (masya-ALLAH).

Ada orang bertanya;
Orang kata ada kelonggaran untuk tak solat jemaah, boleh tolong jelaskan?

Jawapan terbaik yang hamba ALLAH ini beri yang ingin saya kongsikan dengan anda ialah;
Jangan tinggal solat berjemaah kecuali dengan keuzuran yang tertentu barulah wajar ditinggalkan solat berjemaah. Ada beberapa kes keuzuran yang mewajarkan tinggal solat berjemaah antaranya:

1. Sakit
2. Takut bahaya kepada diri, harta atau maruah. Contoh: jalan ke masjid ada banyak penyamun gelap dan kebarangkalian anda disamun itu agak tinggi.
3. Hujan (cuaca yang tidak mengizinkan).
4. Ada masalah qada hajat.
5. Mulut berbau busuk.

"Sesiapa yang memakan bawang putih atau bawang besar maka jauhilah daripada kami serta duduklah dirumahnya" ~ RiwayatBukhari


Akan tetapi, di era modenisasi zaman ini sudah banyak alat bersugi yang boleh digunakan untuk membolehkan anda menghindari bau mulut yang busuk ini. Oleh itu, perkara ke 5 bukan masalah lagi.

Mungkin anda rasa solat jemaah itu tidak perlu, tidak wajib, tidak best, dan 1001 perasaan lagi yang menyahkan anda dari berbuat demikian.
Berusahalah untuk melakukannya.
Indah ukhuwwah akan dapat dirasai bila solat jemaah ni.
Pahala pun 27 kali ganda yang tidak akan sama walau anda solat 27 kali secara bersendirian.

Walaupun topik ini tidak begitu menarik untuk diperbincangkan pada fasa awal pembukaan tiArA's life.
Namun, aku rasakan perlu juga.
InsyaALLAH, kita akan bincangkan topik yang lebih menarik lagi yang boleh menambah iman kita dan yang boleh membuat ALLAH redha dengan kita semua.

Salam sayang,
tiArA

perkara yang kadang kadang kita memang ada rasa tak nak buat

10:18 AM Edit This 0 Comments »
Assalamualaikum wbt

Agak berhabuk tiara's life bila aku menyingkap tirainya semula.
Ramai yang bertanya dan mahu aku tulis kembali.
Tapi aku buat endah tak endah sahaja dan melakukan perkara perkara yang aku rasakan lagi penting dari tiara's life.
Namun hari ini usai solat Zohor, aku kembali memikirkan perkara yang aku rasa aku suka buat tetapi sudah lama aku tinggalkan.
Nah,
aku secara rasminya membuka kembali tiArA's life untuk dibaca umum.
Ingin aku ingatkan bahawa angin aku sedikit berubah untuk pembukaan baru ini, tahun ini kerana aku merasakan sejak bermulanya aku menulis (iaitu sejak tahun 2007), aku sudah banyak berubah dan menjalani kehidupan yang lebih indah berbanding dahulu.
Oleh itu, mungkin mesej yang aku bakal sampaikan di tiArA's life 2010 tidak akan sama dengan mesej yang aku telah sampaikan di tiArA's life 2007-2009.
Dan agak sedih juga kerana mungkin aku kurang menulis dalam bahasa keduaku kerana aku punya sebab aku sendiri.
harap maklum,

Ikhlas,
tiArA