distinctive. let's be it!
4:12 PM Edit This 2 Comments »
Salam 'Alaikum.
Alhamdulillah. Baru sehari. Komen positif sudah diterima.
Bertambah semangat aku untuk menulis lagi
walaupun ada test esok.
Kali ini nak bincang topik tentang
menjadi generasi Al Quran yang unik!
Introduction
"Dan sekalipun telah kami perintahkan kepada mereka, 'bunuhlah dirimu atau keluarlah kamu dari kampung halamanmu,' ternyata mereka tidak akan melakukannya, kecuali sebahagian kecil dari mereka. dan sekiranya mereka benar benar melaksanakan perintah yang diberikan, nescaya itu lebih baik dari mereka dan lebih menguatkan iman mereka,
~~4:66
Bukan senang untuk menyeru kepada kebaikan (susah lagi untuk mencegah kemungkaran). Dan bukan semua mampu untuk berkorban.
Yang membezakan ialah keinginan dan kekuatan.
Sejauh mana kekuatan dan keinginan kita untuk berkorban?
Berkorban menjadi lebih baik dari semalam.
Berkorban menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.
Berkorban untuk jalan ALLAH yang luas penuh berduri penuh liku seperti yang dilalui oleh Rasulullah saw.
Generasi AlQuran Yang Unik
Macam mana yang dikatakan genarasi Al Quran yang unik ini?
Mari kita menelaah madrasah Rasulullah, di mana sahabat sahabat pada ketika itu mendarah dagingkan AlQuran. Mereka tidak akan bangun dan berganjak dari 10 ayat Alquran yang dihafaz pada satu masa sehingga ayat ayat itu diamalkan. MasyaALLAH.
Bagaimana pula ciri ciri generasi AlQuran yang unik ini?
"......'cukuplah Allah menjadi penolong bagi kami dan Dia sebaik baik pelindung."~~3:173
kan Allah ada?
insyaALLAH...cuba pupuk jiwa kita untuk yakin dan berserah hanya padaNYA.
maka tunggulah sampai Allah memberi keputusanNya!
sampai begitu sekali Allah membuat perumpamaan untuk kita sebagai hamba berfikir dan bertindak
jika kamu orang orang yang berfikir
meyakini akan perhitungan Allah di akhirat kelak
ayuh kita pegang tali Allah dengan teguh
dan berusaha untuk mujahadah dan bertegas dalam membuang jahiliyyah dalam diri.
Allah tahu kita lemah kalau berseorangan,
lalu Allah kurniakan kita sahabat sahabat yang saling sayang menyayang
untuk menguatkan kita.
Seperti yang terjadi antara kaum Muhajirin dan Ansar yang bersaudara dan berukhuwwah kerana Allah.
dan indahnya ukhuwwah kerana ALLAH itu lebih manis dan lebih kekal berbanding ukhuwwah kerana pertalian darah.
Mari berkasih sayang!
Sayang kerana Allah.
Sayang yang bersyarak.
Hassan Al-Banna juga mengatakan; serendah rendah ukhuwwah ialah berlapang dada dan setinggi tinggi ukhuwwah ialah ithar (melebihkan orang lain berbanding diri sendiri).
Namun, diingatkan di sini tiada ithar dalam ibadah (terutama ibadah khusus).
Tidakkah kita dihidupkan di muka bumi ini untuk berusaha menjadi golongan yang menang yang Allah maksudkan dalam ayat tersebut?
Ya.
Golongan yang menang.
Golongan yang bahagia di dunia mahupun dia akhirat.
Golongan yang mendapat syurga yang penuh kenikmatan dengan rahmat dan redha ALLAh.
Sangat mengiurkan bukan?
Penutup
AlQuran ini tidak digunakan untuk memujuk mujuk sahaja, AlQuran adalah buku perintah!
Sahabat sahabat di madrasah Rasululullah sentiasa merasakan setiap ayat yang turun itu ditujukan khas buat mereka.
Jika ayat untuk orang yang kufur, sahabat sahabat akan mengkaji dan jadikan sempadan.
Jika ayat untuk orang yang munafik, sahabat sahabat fikir dan muhasabah adakah ciri ciri orang yang munafik itu ada pada mereka.
Jika ayat untuk orang mukmin, sahabat sahabat akan jadikannya sebagai tujuan untuk dikecap dan dijadikan matlamat.
SubhanALLAH.
Anda mahu menjadi generasi AlQuran yang unik ini?
Ayuh!
Let's be it,
tiArA

- Kekuatan Aqidah : Keimanan yang berlandaskan keyakinan pada Allah (taqwa). Membina kekuatan dalaman dan luaran untuk hanya takut pada Allah.
"......'cukuplah Allah menjadi penolong bagi kami dan Dia sebaik baik pelindung."~~3:173
kan Allah ada?
insyaALLAH...cuba pupuk jiwa kita untuk yakin dan berserah hanya padaNYA.
- Berpegang teguh dan bersikap tegas
maka tunggulah sampai Allah memberi keputusanNya!
sampai begitu sekali Allah membuat perumpamaan untuk kita sebagai hamba berfikir dan bertindak
jika kamu orang orang yang berfikir
meyakini akan perhitungan Allah di akhirat kelak
ayuh kita pegang tali Allah dengan teguh
dan berusaha untuk mujahadah dan bertegas dalam membuang jahiliyyah dalam diri.
- Berkasih sayang sesama mukmin
Allah tahu kita lemah kalau berseorangan,
lalu Allah kurniakan kita sahabat sahabat yang saling sayang menyayang
untuk menguatkan kita.
Seperti yang terjadi antara kaum Muhajirin dan Ansar yang bersaudara dan berukhuwwah kerana Allah.
dan indahnya ukhuwwah kerana ALLAH itu lebih manis dan lebih kekal berbanding ukhuwwah kerana pertalian darah.
Mari berkasih sayang!
Sayang kerana Allah.
Sayang yang bersyarak.
Hassan Al-Banna juga mengatakan; serendah rendah ukhuwwah ialah berlapang dada dan setinggi tinggi ukhuwwah ialah ithar (melebihkan orang lain berbanding diri sendiri).
Namun, diingatkan di sini tiada ithar dalam ibadah (terutama ibadah khusus).
- Kesetiaan tidak berbelah bagi kepada Allah dan Rasul
Tidakkah kita dihidupkan di muka bumi ini untuk berusaha menjadi golongan yang menang yang Allah maksudkan dalam ayat tersebut?
Ya.
Golongan yang menang.
Golongan yang bahagia di dunia mahupun dia akhirat.
Golongan yang mendapat syurga yang penuh kenikmatan dengan rahmat dan redha ALLAh.
Sangat mengiurkan bukan?
Penutup
AlQuran ini tidak digunakan untuk memujuk mujuk sahaja, AlQuran adalah buku perintah!
Sahabat sahabat di madrasah Rasululullah sentiasa merasakan setiap ayat yang turun itu ditujukan khas buat mereka.
Jika ayat untuk orang yang kufur, sahabat sahabat akan mengkaji dan jadikan sempadan.
Jika ayat untuk orang yang munafik, sahabat sahabat fikir dan muhasabah adakah ciri ciri orang yang munafik itu ada pada mereka.
Jika ayat untuk orang mukmin, sahabat sahabat akan jadikannya sebagai tujuan untuk dikecap dan dijadikan matlamat.
SubhanALLAH.
Anda mahu menjadi generasi AlQuran yang unik ini?
Ayuh!
Let's be it,
tiArA
2 comments:
post yg sgt menarik.. insyAllah boleh menguatkan diri dan iman kita semua..
just nak tambah ckt, ingat lah pesan Rasulallah, ketika para shbt semua risau bila kewafatan baginda, kepada sapa lg mereka boleh jdkan rujukan..
Rasulllah menjawab, aku telah tinggalkan kamu 2 penasihat untuk dimana satu penasihat pndai berkata2 dan yg satu lg hanya berdiam sahaja. yg pndai berkata2 adalah al-Quran yg menjadi sumber rujukan utama umat islam dan apabila hatimu berkeras, ingatlah pada penasihat kedua, iaitu mati...
w'alam.
jazzakumuAlah...
terima kasih di atas perkongsian itu,
sangat menarik!
semoga Allah redha =)
Post a Comment