attention to PPOU ONLY~

8:38 PM Edit This 0 Comments »


kepada rakan-rakan PPOu yang aku kasihi,

ilustrasi di atas adalah direka oleh saudara SHAFIQ izham
untuk t-shirt yang bakal diterima
pertengahan januari (time pre-departure) nanti
beliau berharap kiranya
anda dapat komen atau beri cadangan
sekiranya tidak berpuas hati
atau ingin menambah apa2


selain itu,
beliau juga berpesan bahawa
kiranya saiz t-shirt yang bakal ditempah ini
akan appear lebih kecil dari saiz yang biasa dipakai

oleh itu,
ketika saudara saudari sahabat2 PPou
yang akan ke BTN
x lama lagi
harap dapat beri saiz yang secocok buat anda
kepada saudara SHAFIQ izham ye

++harap maklum++

canterbury, here I come!

8:00 PM Edit This 9 Comments »

assalamualaikum w.b.t,
rakan-rakan yang dikasihi sekalian
pada 13 november yang lepas
secara rasminya
aku dah dapat unconditional offer
dari
~UNIVERSITY OF CANTERBURY~
Christchurch
New Zealand
kos yang aku bakal ambil
ialah
~SPeech and LAnguage THERAPY~
alhamdullillah,
akhirnye impian untuk terbang
insyaallah akan menjadi kenyataan!
berkat doa rakan-rakan sekalian
dan keluarga tercinta~
ku ucapkan jutaan terima kasih! (^_^)

[::]Oh..LELAKI[::]

8:10 PM Edit This 4 Comments »

“BUKAN hanya wanita makhluk yang
kompleks dan sukar difahami, begitu
juga lelaki kerana sifatnya yang sukar
ditelah. Biarpun lelaki menyatakan yang
mereka tidak demikian, hakikatnya
kebanyakan mereka amat sukar
difahami.”-http://www.hmtro.com.my

Berbeza dengan sifat wanita yang mudah menyatakan sesuatu yang dirasai atau apa disukai, sifat lelaki semakin sukar difahami jika orang yang paling hampir dengannya tidak cuba memahami biologi dan sikap sebenar mereka.

Bagi memahami golongan Adam ini dengan lebih mendalam, cuba baca petua berikut untuk lebih memahami dan mengenali mereka.

# Sifat lelaki lebih mudah
Lelaki lebih mudah cara hidupnya berbanding wanita kerana itu, lelaki sukar untuk memahami jika sesuatu perkara itu disampaikan dalam bentuk kiasan oleh wanita.
Wanita suka berkias dan berharap lelaki faham tetapi mereka lebih suka jika ia dijelaskan dengan bahasa yang mudah serta berterus-terang. Sekiranya wanita tidak jelas mengenai sesuatu perkara, tanyalah secara terbuka kepada lelaki.

# Bahasa lelaki adalah berlainan
Lelaki bercakap dengan bahasa berlainan. Ini yang menyebabkan lelaki dan wanita sukar berkomunikasi antara satu sama lain. Daripada kata-katanya, jika dia bercakap dengan wanita adalah berbeza daripada apa yang dimaksudkannya.
Ini bukan bererti dia berbohong namun lebih baik bagi wanita untuk memahami lelaki daripada apa yang dilakukannya berbanding daripada apa yang dikatakannya. Lelaki tidak pandai melahirkan rasa hatinya dalam bentuk kata-kata.

# Lelaki suka membisu
Wanita berkebolehan untuk membincangkan sesuatu subjek yang sensitif dan mendukacitakan sebagai salah satu cara berhadapan dengan realiti tetapi lelaki lebih suka untuk menyembunyikannya serta membisu.

# Lelaki tidak kompleks
Jika terdapat semua tanda yang menunjukkan seseorang lelaki hanya mahu wanita menjaganya, mengemas rumah, menyediakan makanan untuknya dan melakukan jimak secara kerap dengannya, wanita harus percaya itulah yang lelaki mahukan.
Ini bukan bererti lelaki berfikir secara primitif, tetapi lelaki memang sedemikian. Wanita biasa menganggap lelaki sebagai kompleks, tetapi sebenarnya kehendak lelaki adalah mudah.

# Lelaki berahsia dengan lelaki lain
Tidak sebagaimana wanita yang lebih mudah bercakap dengan wanita lain mengenai masalah, harapan dan kebimbangan yang amat rahsia serta peribadi, sukar bagi lelaki untuk menjadi mesra sedemikian rupa. Untuk melakukannya, lelaki memerlukan kekuatan dan keberanian yang tinggi.

# Lelaki pentingkan kejujuran
Jika lelaki tahu isterinya suka bercerita pada wanita lain mengenai dirinya, besar kemungkinan lelaki itu tidak akan bercerita lagi secara mesra mengenai hal rahsia kepada isterinya. Kejujuran adalah penting bagi lelaki. Dia mahukan isterinya menyimpan rahsia rumah tangga.

# Lelaki tidak suka dikritik
Jangan mengkritik lelaki, melainkan jika anda sedia untuk bertikam lidah dengannya. Lelaki tidak begitu terbuka untuk menerima kritikan.
Mengkritik di belakangnya, contohnya kepada saudara atau kawannya, mungkin dapat mengelakkan konfrontasi serta-merta tetapi dia akan berasa marah juga apabila perkara itu disampaikan kepadanya.
Cara yang baik untuk mengkritik lelaki ialah dengan berjenaka dan lembut. Cara lelaki mengkritik adalah berlainan dan mereka jarang melakukannya.
Apabila lelaki mahu mengkritik, mereka memilih masa dan keadaan dengan teliti. Ketika menegur, perbincangan itu ringkas, tidak beremosi dan tepat. Untuk wanita mengkritik lelaki, elok jika kritikan itu digabungkan dengan sedikit pujian.

# Lelaki juga mahukan sokongan
Ketika berdepan masalah dan mengadu pada wanita, wanita harus memberitahu lelaki itu bahawa dia masih diperlukan. Lelaki mahukan keselesaan perasaan, sokongan serta kata-kata “Saya cintakan abang…” dan “Tidak kira apa yang terjadi, saya tetap bersama abang … .”

# Sahabat yang paling baik
Jadilah sahabat yang paling baik kepada suami dan dia akan menjadi sahabat yang paling baik kepada anda.

# Lelaki mesra tanpa emosi
Antara perkara yang ada pada lelaki dan wanita ialah kehendak mutlak untuk dikasihi serta mengasihi sebagai balasan. Kemesraan emosi dan bersatunya jiwa bukan hanya jasad tetapi cara lahirnya kasih sayang. Ia bukan satu proses saja tetapi membabitkan hal yang tidak terungkai dan agak magis.

~~artikel ini adalah kesinambungan daripada [::]W.A.N.I.T.A[::], kepada insan2 yang menunggu artikel ini untuk disiarkan kepada anda..ampun dan maaf saya pinta kiranya saya terlewat disebab kan banyak perkara yang membatasi saya.harap maaf!
Sincerely,
tiArA(*_*)

Lelaki Idaman Wanita~

8:00 PM Edit This 5 Comments »
Lelaki idaman wanita adalah lelaki….
• yang beriman orangnya
• yang hatinya disaluti rasa taqwa kepada Allah
• yang jiwanya penuh penghayatan terhadap islam
• yang sentiasa haus dengan ilmu
• yang sentiasa dahaga pahala
• yang solatnya adalah maruah diri
• yang tidak takut berkata benar
• yang tidak gentar melawan hawa nafsu
• yang selalu bersama kumpulan orang-orang yang berjuang dijalan Allah

Lelaki idaman wanita adalah lelaki….
• yang menjaga tutur katanya
• yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
• yang tidak bermegah dengan harta yang dicarinya
• yang sentiasa membuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang
• yang mempunyai ramai kawan
• yang tidak mempunyai musuh yang bersifat syaitan

Lelaki idaman wanita adalah lelaki….
• yang bersedia untuk menjadi imam
• yang hidupnya dibawah naungan Al-Quran dan As-sunnah
• yang mencontohi sifat Rasulullah
• yang boleh diajak berbincang dan berbicara
• yang menjaga hartanya dari berbelanja yang tak berfaedah
• yang sujudnya penuh kesyukuran dengan Rahmat Allah keatasnya

Lelaki idaman wanita adalah lelaki….
• yang Al-Quran berada diminda & hatinya…insyaAllah
• yang mengingati,menguasai & beramal dengannya
• yang sentiasa mengingati mati
• yang baginya hidup didunia adalah ladang akhirat yang mana buah kehidupan itu perlu dijaga agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik meneruskan perjuangan islam sebelum hari kemudian.

Lelaki idaman wanita adalah lelaki yang….
• Disebalik kekasarannya…ada kelembutannya
• Disebalik sifat pendiam….ada keramahannya
• Disebalik ketegasannya….ada sifat penyayangnya
• Pandai mengambil hati….memujuk TEMANNYA
• Suka menghibur hati temannya bila diri TEMANNYA dalam keresahan
• Banyak bercakap tetapi diselitkan dengan keilmuan
• Suka menyampaikan ilmu walau sebesar zarah sekalipun
• Sentiasa mengambil berat perihal temannya
• Marahnya pada temannya berasas bukan bertindak melulu
• Tidak merendah diri didepan temannya…
• Tidak pula membesarkan diri dengan apa yang ada.

Lelaki idaman wanita adalah lelaki….
• yang tidak terpesona dengan buaian dunia..
• Perwatakannya mencuit hati..
• yang tidak hanyut dengan perhiasan dunia kerana ia mengimpikan syurga,disitu rumah idamannya
• Dan dia ingin membawa temannya bersmanya,menjadi pasangan kekasih yang diredhai disisi NYALelaki idaman wanita adalah lelaki….
• Masanya yang tidak dibazirkan
• Matanya kepenatan kerana penat membaca
• Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
• Tidurnya lena dengan cahaya keimanan
• Bangunnya subuh penuh kecergasan..kerana sehari lagi usianya betambah dengan kematangan.

Tetapi…..
Setiap manusia pasti ada kelemahannya…
kerana semua ciptaan Allah tidak sempurna.
wanita mengimpikan lelaki seperti saidina Ali karamullahuwajhah,
tetapi diri wanita itu sendiri tidak seperti Fatimah az-zahra lah.a.
~Untukmu lelaki idamanku..
semoga dikau menjadi seperti apa yang ku harapkan...
dapat membimbingku menuju ke syurga impian kita bersama..insyaAllah
~Wahai Lelaki Idaman Setiap Wanita Solehah..
Kemuliaanmu pada taqwa yang menghias diri,
Keperkasaanmu pada pengorbanan yang tiada henti,
Tiada matlamat berunsur duniawi,
Yang hanya bersifat sementara dan tiada erti,
Andai tidak dimanfaatkan ke jalan Ilahi.......
thanks cik assyfa!

[::]W.A.N.I.T.A[::]

2:07 AM Posted In Edit This 11 Comments »
Isu kali ini ialah mengenai ‘adakah wanita sukar untuk difahami?’

Sebelum itu, sy nk ucapkan terima kasih kepada penulis blog **Cerita HAti* kerana sudi berkongsi idea anda dalam ruangan saya. Terima kasih banyak! Semoga anda dirahmati Allah sentiasa.

Sejenak saya ber-YM dengan kenalan baru dan beliau bertanya kiranya mengapa wanita lebih prefer menceritakan cerita dan luahan perasaan mereka dlm blog berbanding berkongsi fakta atau sesuatu perkongsian berunsurkan ilmiah. Oleh itu, untuk menjawab pertanyaan sahabat baru sy ini, sy bawakan isu 'wanita betulkah sukar difahami?'

Iya ke wanita ni susah untuk difahami?
Rasa-rasanya persoalan ini menghantui bagi golongan lelaki..huhu..iya ke?

Bagi saya, tidak susah untuk memahami seseorang wanita selagi mana seseorang itu mengenali hati budi wanita tersebut.
Benar jika ada yang mengatakn hati wanita mudah terguris,terhiris,terluka,terkoyak dan sebagainya.
Benar jika ada yang mengatakan wanita ini mudah tersinggung dan cepat merajuk..
tapi
wanita senang difahami andai anda benar2 mahu memahami mereka.

Wanita mudah difahami andai anda tidak berputus asa untuk mendalami isi hati mereka..
dan
Wanita berbeza dengan lelaki.wanita suka berterus terang dgn menzahirkan perasaan mereka melalui perbuatan yang membolehkan lelaki menyedarinya.berbeza dgn lelaki yang gemar menyimpan perasaan..
Wanita berbeza dgn lelaki dr segi penulisan blog.biasanya wanita akan menulis tentang apa yang mereka rasa secara terperinci.berlainan pula dgn lelaki yang kebanyakannya menulis tentang idea atau lain2 yang bersifat intelektual

Namun ada macam2 kelas wanita juga..ada yang susah nk merajuk,tapi kalau sekali sudah terluka,payah pula mahu mengubatinya kembali..mereka pasti megharapkan seseorang utk pulihkan keadaan cepat2 agar ia tidak berpanjangan hingga merosakkan sesebuah perhubungan.
Ada juga yang senang sangat merajuk,cakap sikit aja mula berubah air muka ,jiwa sensitive dan sebagainya tapi senang mahu pujuk balik.kalau tak pujuk pun tak apa.biasanya wanita seperti ini akan memujuk diri sendiri..

Hati wanita sensitive,rapuh,lembut .sesuai dengan fitrah ini lah juga,seorang wanita telah diamanahkan untuk menjadi seorang ibu yang bakal membesarkan anak-anak yang kemudiannya menjadi pemimpin di masa akan datang.
sifat sabar dan penyayang biasanya lebih tinggi dlm diri wanita berbanding lelaki

Wanita mungkin lemah dr segi fizikal berbanding dgn lelaki,tapi tidak bermakna mereka lembik.hati wanita juga biasanya lebih kental dan cekal lagi2 jika berjuang untuk anak-anak.
Wanita itu indah,diciptakan dr tulang rusuk kiri lelaki..ia ditempatkan di bahagian dalam tujuannya untuk dilindungi,dijaga dan disayangi.. (this is related to my previous post)

Kesimpulannya:
Sayangilah ibu,isteri,kakak,adik perempuan,ibu saudara,saudara angkat,anak saudara etc.hargailah mereka..

kepada yang berkenaan,
harap persoalan anda terjawab ye. untuk bagi adil, next post akan sy cerita pula tentang bagaimana nak memahami lelaki? kiranya anda x berpuas hati dengan perkongsian ini, berilah komen membina ye~

Bengkoknya Wanita~

2:01 AM Edit This 4 Comments »
"Leceh betullah orang perempuan ni. Tegur sikit dah merajuk. Kena pujuk, nasihat lembut-lembut, cakap baik-baik... hai leceh betul. Tetapi kalau dibiarkan menjadi-jadi pulak! Kita punya kerja pun dia nak langgar. Buat kerja ikut semangat, tak pandang kiri kanan lagi."

"Eh, apa yang kau ngomelkan ni Fuad? Siapa yang buat hal kali ni?"

"Staff aku si Lina tu lah. Baru tegur sikit, dah monyok. Hari ni dah tak datang kerja. Susahlah macam ni. Kerja pejabat akan terganggu."

"Entah-entah dia ada hal lain. Engkau belum siasat dah jump to conclusion."

"Alaah... orang perempuan memang macam tu. Kan Nabi pun kata yang orang perempuan tu ibarat tulang rusuk yang bengkok*? Sebab dia bengkoklah orang perempuan suka buat perangai. Kita nak luruskan nanti patah pulak. Kalau dibiarkan terus, makin bengkoklah. Hai susah, susah."

"Jangan cakap macam tu, Fuad. Maksud Hadis tu bukan begitu."

"Eh, kan Hadis itu sudah lumrah diperkatakan? Apa yang tak kena pulak, Naim?"

"Maksud aku begini. Menafsirkan Hadis itu seolah-olah orang perempuan tu memang Allah ciptakan sebagai satu golongan yang "disadvantaged" atau terkurang seperti yang engkau cakapkan seolah-olah mengatakan yang Allah itu berat sebelah. Walhal Allah itu Maha Adil dan Dia ciptakan lelaki dan perempuan itu sama sahaja dari segi kemampuan mereka untuk meningkatkan iman dan menjadi hamba Allah yang bertaqwa. Bengkok yang disebut di dalam Hadis itu bukan bermakna yang mereka itu sentiasa cenderung ke arah melakukan perkara-perkara yang tidak baik."

"Buktinya, apabila Rasulullah s.a.w. datang membawa ajaran Islam, baginda menaikkan taraf perempuan yang sebelum itu dianggap "golongan yang tak berguna" kepada "sayap kiri" kepada masyarakat. Beliau ada memberikan tugas-tugas yang penting kepada orang perempuan, terutama bila kaum lelaki keluar berperang. Sebagai sayap kiri, tentulah mereka diiktiraf seimbang dengan sayap kanan."

"Tapi, memang orang perempuan kuat merajuk. Jenuh kita nak layan dia."

"Merajuk bukan berlaku pada orang perempuan saja. Orang lelaki juga kuat merajuk. Mungkin cara merajuk atau cara `protes` tu yang tak sama. Punca merajuk sebab iman lemah, bukan sebab jantina. "Lagipun, apa salahnya kalau kita tegur orang perempuan dengan berlemah-lembut dan berhikmah. Bukankah begitu tuntutan Islam. Kalau kita marah-marah sehingga mereka merajuk, bukan mereka yang salah, tetapi kitalah yang salah. Entah-entah waktu itu kita lebih`bengkok` daripada mereka!"

"Eh, eh engkau ni. Asyik nak bela orang perempuan aje."

"Aku bukannya nak bela siapa-siapa. Aku cuma nak betulkan pemahaman yang tidak betul terhadap Hadis tu."

"Apa maksud sebenar Hadis tu?""Orang perempun yang diibaratkan seperti tulang rusuk yang bengkok itu bukan bermakna satu kekurangan, tapi sebenarnya adalah satu "penyempurnaan" . Sepertimana juga usus manusia yang berlipat-lipat dan berlingkaran itu bukanlah satu ketidakbetulan tetapi begitulah keadaan usus yang sempurna.

Bengkoknya tulang rusuk itu kerana ia bersifat `pelindung`. Ia melindungi organ-organ penting di dalam tubuh manusia seperti jantung, paru-paru, hati dan limpa. Kalau tulang kakilah yang diletakkan di dada manusia, sudah tentu ia tidak dapat berperanan sepertimana tulang rusuk yang bengkok itu."

"Oh begitu. Jadi bila Nabi katakan yang orang perempuan itu seperti tulang rusuk yang bengkok, beliau hanyalah hendak memperlihatkan perbezaan peranan mereka berbanding lelaki?" "Begitulah.

Selain itu, maksud `tulang rusuk yang bengkok` itu ialah sifat `rahmah`. Orang perempuan itu sifat semulajadinya penyayang. Perasaannya halus. Kerana adanya sifat-sifat itu, orang perempuan boleh sabar menjaga dan melayan anak-anaknya yang berbagai kerenah. Mereka juga sabar dan tekun melakukan kerja-kerja rumah yang mungkin kepada kita sangat membosankan. "

"Begitu jugalah di dalam masyarakat, orang perempuan sangat sesuai menjadi guru, jururawat, dan apa juga bidang yang dalam kemampuannya. Oleh itu jangan cuba buang sifat "bengkok" ini daripada orang perempuan dengan memberikan mereka tugas-tugas yang tidak sesuai. Kalau tulang rusuk sudah patah, organ-organ yang penting tadi tidak akan selamat."

"Jadi peranan mereka sebenarnya penting. Bayangkanlah betapa besar peranan dan jasa ibu yang menjaga dan mengasuh kita dari kecil hinggalah besar."

"Hmm, betul tu Naim."

"Sebenarnya tiada siapa yang `bengkok` mengikut tafsiran yang engkau gunakan. Bengkok atau tidaknya seorang lelaki atau perempuan itu bergantung kepada iman dan akhlaknya. Orang lelaki kalau tidak berusaha untuk membuang sifat-sifat yang terkeji di dalam dirinya pun akan jadi bengkok juga, malah lebih bengkok dari orang perempuan yang ada usaha membaiki dirinya."

"Baru aku sedar, akulah yang bengkok. Asyik marah-marah dan tidak sabar."

"Memang tidak sepatutnya kita lihat orang lain itu lebih `bengkok` daripada kita. Sebaliknya kita patut sentiasa merasakan yang kitalah yang lebih `bengkok` daripada semua orang lain di muka bumi ini... "

*Sesiapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat, maka janganlah menyakiti jirannya dan hendaklah dia menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana sesungguhnya mereka diciptakan daripada tulang rusuk. Sesungguhnya tulang rusuk yang paling bengkok ialah yang paling atas, jika kamu berusaha untuk membetulkannya kamu akan mematahkannya, jika kamu terus biarkan begitu ia akan terus bengkok. Oleh itu terimalah pesanan supaya menjaga wanita-wanita dengan baik. (Hadis riwayat al-Bukhari no: 4890)

Source : iLuvislam.com

hadapi dengan senyuman...

11:27 PM Edit This 4 Comments »
hadapi dengan senyuman….
semua yang terjadi biar terjadi…
hadapi,..
dengan tenang jiwa
semua kan baik2 saja…
bila ketetapan tuhan
sudah ditetapkan
tetaplah sudah
tak ada…
yang bisa merubah
dan takkan
bisa berubah..
rela kan lah saja ini,
bahwa semua yg terbaik
terbaik untuk kite semua
menyerahlah untuk menang…

I WISH I CAN SMILE ALL THE TIME,..
I HOPE I HAVE A BEAUTiFUL LIFE…
LEARN FROM THE MISTAKE,..
EVERYDAY IS LEARNING…
WHAT EVER HAPPEN…REMEMBER, ALLAH THE MOST KNOWING =)
WHEN SOMETHING BAD HAPPEN, DOESN’T MEAN,..IT IS THE END OF YOUR LIFE~
to adeeb,
sorry copy ur words tak bgtaw..i found it interesting!

Apa di Atas? @ What's up?

9:19 PM Edit This 12 Comments »


mimpi dan harapan bagaikan duri yang mencengkam


seandai ku biar cecita di hati tersimpan


terpendam


keterbasan tak wajar menjadi penghalang


sampai bila, aku bertanya, sampai bila


ku harus mencuba


bila lagi, resah hatiku, bila lagi


aku harus berani!


lalu ku bangkit


tegak berdiri


mengatur langkahku


terus mendaki


cita citaku...di mercu,


hoho..lagu itu la yang kami nyanyi bersama


yang de maksud tersirat


dan de related dengan my story


sorry if I ter-overreacting ek..x mean pon


untuk pengetahuan kawan2 sahabat2 yang saya kasihi di luar sana


yang masih keliru dan tertanya tanya (esp chesco2 yang dh lama x kntek)


soalan pertama :apakah bidang yang sedang aku ambil sekarang?


jawapannya :sume org tahu aku memang minat nak jadi cikgu dari dulu lagi, so here I am..aku di bawah tajaan kementerian pelajaran Malaysia. pada mulanya aku apply la chem. masa interview pun untuk subjek chem. sekali dapat phone call masa dpt offer tu MOE offer aku subjek pendidikn khas(ajar kanak2 istimewa) so, aku memang accept wholeheartedly la. aku pk positif je. every clouds has its silver lining. semua kejadian ada hikamahnya. so i believe in what i do.


soalan kedua :kau belajar kat mana sekarang?


jawapannya :pas aku dapat offer tu. aku kuar dari matrik kedah then aku wat preparation for overseas universities (PPOU) kat uniten. actually, kat uniten nh aku amik foundation of engineering la to be precise. punya lah jauh bidang kan. tapi, cme foundation ini shajalah yang di recognize untuk ke aussie dan nz.


ak pon blaja la. blaja je x pk pe. sekali bila uni2 kat aussie ngn nz datang promote rupanya xde kos pendidikan khas ni untuk undergraduate. senang cite, MOE x siasat dulu la. randomly, hantar je budak special ed buat prep utk g aussie ngn nz padahal previousnye g UK.


aku pon cam cuak plus bengang la kan. blaja penat2 sume. dah lepas pointer dah pon. kalau x dpt fly sebab hal2 cmnh..terkilan la beb. sian mak bapak aku.bila tengok2 balik. cume de satu uni shj yang de kos special ed iaitu di canterbury uni, christchurch, nz dalam bidang speech and language therapy. aussie xde langsung.the only hope. the only chance.


soalan ketiga :bila kau fly sebenarnya?


jawapannya :takat nih aku baru dpat conditions of offer dari canter, hopefully dapat la unconditional offer by december nih. and ckalau la aku dapt full offer(doakan la aku ye..) aku bakal fly sebelum 18hb february 2009.


de satu lagi possibility, oleh kerana aku de satu choice je utk further study aku kat nz. dekan yang aku sayangi (chewah!) cadangkan la aku ngn kawan2(haa..untuk pengetahuan yang amik bidang special ed nih cme 7 orang shj dalam Msia ambilan 2007/2008) apply ke US.


sebab dia senang je. US de best school untuk sume kos special ed yg ditawarkan. contohnya : audiology, speech language therapy, clinical psychology dsb.mula2 tu MOE x kasi apply. pastu aku pe lagi. g la putrajaya jumpa timbalan pengarah bahagian pendidikan guru untuk berbincang masalah yang kian kronik. padahal nih masalah MOE. aku ngn kawan2 jadi mangsa nh. suke2 hati je tinggalkan kitorang terkontang kanting. kawan2 aku yang amik physic sume dah start nak apply accomodation dah. kes aku x settle2. bila kol sentiasa busy. cmnilah deal ngn kerajaan ye. suara hati kte..pendamlah sendiri.


bincang punye bincang. diorang agree la. yela, diorang xde choice dah. aku pon apply la US. aku apply 3 je pon. purdue, ipfw, ngn ohio. lepas seminggu hantar application. aku dapat full offer daripada indiana uni-purdue uni fort wayne dalam bidang audiology(speech and hearing science). dan kalau aku accept aku kena sampai sana before 4th january.


tp, smpai sekarang aku xleh nak proceed I-20 aku sebab MOE cam memang berat nak anta. maybe masalah budget kot. ekonomi cam x stabil.


so, lihatlah. aku sekarang hanye de satu je pilihan. aku pon x kesah. asal aku fly la.aku kesian la kat parents aku.diorang banyak berkorban tuk aku.mak aku tu kalau aku peksa ke dalam kesusahan ke dia mesti puasa, nazar, bagi support x berbelah bagi la. ayah aku pon sama..aku mintak pe je mesti dapat sebab dia sayang anak2 dia. isk3. harap nawaitu aku nh diberkati Allah. aku nk belajar cari ilmu di perantauan nk bawk something precious untuk masyarakat. nak make my parents proud of me. tu je. semuanya kerana Allah~


doakan aku ye.


sentiasa berdebar menanti result.


haha, sesadis mana pon cita aku nih. sadis lagi cte orang laen. dugaan aku baru sikit. persiapan aku di Uniten, bukan fizikal je malah mental juga.


Allah tu Maha Besar. Dia tahu pe yang terbaek tuk kita. Sejauh mana aku merancang, Dia lah yang paling berhak menentukan jalan aku. Dan perancangan-Nya lah yang paling baik untuk kte.


so, aku redha. yang penting, aku dah cuba yang terbaek.yang paling penting, aku dah usaha! sekarang aku bertawakal. selebihnya, aku berserah pada ALlah. jika aku betul2 xleh fly, maksudnya aku lebih berjaya jika belajar di MAlaysia.pikir positif ye farah!


kalau de berita baek kelak, aku story later ae?


aku harap sume persoalan dah terjawab. kepada chesco yang baca, aku rindu korang sume. spe2 yang de blog tu..even aku jarang letak komen tp aku sentiasa baca story korng. sekurang-kurangya aku tau what u all are doing currently.

kalau de soaln laen, jangan segan2 tanye ye~

huhu,

k till here.

assalamualikum wbt.

Graduation DAY 1st NOv

9:16 PM Edit This 11 Comments »

tamatla sudah perjuanganku di UNITEn pada 1hb Nov lepas.
maaf kepada kawan2 yang setia menunggu dan push aku untuk update blog ini.
dalam tempoh dua bulan nih macam2 terjadi.
aku kenal erti X PUTUS ASA. HARDSHIP. STRESS. SUCCESS. MOOD SWINGS.
PAIN. RELIEF. dan banyak lagi
sungguh mencabar laluan perjuangan hidup aku nih.
tapi yang paling penting,
segalanya telah tamat
majlis graduasi berlangsung pada sabtu lepas bersamaan 1hb NOvember 2008
bertempat di CoIT atau panjangnya College of Information Technology
Universiti Tenaga Nasional.
Segalanya berjalan dengan amat lancar.
'simple' and 'sweet'
tema : lelaki *only allowed to wear baju melayu hitam even malam tu aku nampak izzat nye baju warna blue black...haha
and for girls : merah, hitam, atau kombinasi keduaduanya (maroon) even aku perasan baju najwa cam pink, baju dayah cam oren dan ramai lagi yang cm ngelat2 sebab nak nampak cun kot..haha
persembahan multimedia syok habes~
dalam hati aku nanges
tp x show off depan2 ae..abes make up aku caer kalau nanges..huahua
oleh kerana blog aku de masalah dengan upload gmbar
sorry la aku x dpt nk upload
lagi aku nak mention
CONGRATULATIONS!!!!
kepada MR JOSEPH LAU CHIH HIN kerana dapat anugerah tokoh pelajar lelaki
dan sahabat sehati dan sejiwa aku di PPOU Kak SITI NOOR IZWANI kerana dapat tokoh pelajar wanita
aku bangga kawan ngn korang..hehe
dan juga kepada MOHD RAINNEY NGDIRAN untuk tokoh sukan cemerlang.
juga kepada beberapa awards laen :
  • pelajar solehah : kak FATIN NADIAH
  • pelajar soleh : En HAMDI bin ADAM
  • pelajar ceria (L) : En RAis MOhd Jalal
  • pelajar ceria (P) : ms FAtin Aqilah Mohamad Fadzil
  • pelajar kreatif (L) : En AZizul bin KAdir
  • pelajar kreatif (P) : roomate aku le..SARAH
  • pelajar plg berketerampilan : yg lelaki aku tak ingat : yg pmpuan FIKA

untuk pemenang2 kategori kat atas nih

aku agree 100% laa even aku tetiba konfius bila mak aku tanye

cmne judges judge ketrampilan tuk lelaki cuz malam tu diorg pakai baju sama je..

huhu

well, tahniah2!

persembahan malam tu pon best even azizul lupa lirik..

aiseyh,

masa rehearsal jarang lpe..maybe atas stage gelabah kot, haha

banner kat atas nih smart sungguh. thanx to shafiq and aizan

pesona malam yang indah. thanx to kak husna and the gang

cabutan bertuah yang gempaq. thanx to kak alia, rain, najwa, fatin nad, ajim dll.

persembahan multimedia yang mantap dan mengaharukan. thanx to azizul.

Sekian~

P/s : next post will be the explaination of what road i would take in future and my next priorities.