Lelaki Idaman Wanita~

8:00 PM Edit This 5 Comments »
Lelaki idaman wanita adalah lelaki….
• yang beriman orangnya
• yang hatinya disaluti rasa taqwa kepada Allah
• yang jiwanya penuh penghayatan terhadap islam
• yang sentiasa haus dengan ilmu
• yang sentiasa dahaga pahala
• yang solatnya adalah maruah diri
• yang tidak takut berkata benar
• yang tidak gentar melawan hawa nafsu
• yang selalu bersama kumpulan orang-orang yang berjuang dijalan Allah

Lelaki idaman wanita adalah lelaki….
• yang menjaga tutur katanya
• yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
• yang tidak bermegah dengan harta yang dicarinya
• yang sentiasa membuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang
• yang mempunyai ramai kawan
• yang tidak mempunyai musuh yang bersifat syaitan

Lelaki idaman wanita adalah lelaki….
• yang bersedia untuk menjadi imam
• yang hidupnya dibawah naungan Al-Quran dan As-sunnah
• yang mencontohi sifat Rasulullah
• yang boleh diajak berbincang dan berbicara
• yang menjaga hartanya dari berbelanja yang tak berfaedah
• yang sujudnya penuh kesyukuran dengan Rahmat Allah keatasnya

Lelaki idaman wanita adalah lelaki….
• yang Al-Quran berada diminda & hatinya…insyaAllah
• yang mengingati,menguasai & beramal dengannya
• yang sentiasa mengingati mati
• yang baginya hidup didunia adalah ladang akhirat yang mana buah kehidupan itu perlu dijaga agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik meneruskan perjuangan islam sebelum hari kemudian.

Lelaki idaman wanita adalah lelaki yang….
• Disebalik kekasarannya…ada kelembutannya
• Disebalik sifat pendiam….ada keramahannya
• Disebalik ketegasannya….ada sifat penyayangnya
• Pandai mengambil hati….memujuk TEMANNYA
• Suka menghibur hati temannya bila diri TEMANNYA dalam keresahan
• Banyak bercakap tetapi diselitkan dengan keilmuan
• Suka menyampaikan ilmu walau sebesar zarah sekalipun
• Sentiasa mengambil berat perihal temannya
• Marahnya pada temannya berasas bukan bertindak melulu
• Tidak merendah diri didepan temannya…
• Tidak pula membesarkan diri dengan apa yang ada.

Lelaki idaman wanita adalah lelaki….
• yang tidak terpesona dengan buaian dunia..
• Perwatakannya mencuit hati..
• yang tidak hanyut dengan perhiasan dunia kerana ia mengimpikan syurga,disitu rumah idamannya
• Dan dia ingin membawa temannya bersmanya,menjadi pasangan kekasih yang diredhai disisi NYALelaki idaman wanita adalah lelaki….
• Masanya yang tidak dibazirkan
• Matanya kepenatan kerana penat membaca
• Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
• Tidurnya lena dengan cahaya keimanan
• Bangunnya subuh penuh kecergasan..kerana sehari lagi usianya betambah dengan kematangan.

Tetapi…..
Setiap manusia pasti ada kelemahannya…
kerana semua ciptaan Allah tidak sempurna.
wanita mengimpikan lelaki seperti saidina Ali karamullahuwajhah,
tetapi diri wanita itu sendiri tidak seperti Fatimah az-zahra lah.a.
~Untukmu lelaki idamanku..
semoga dikau menjadi seperti apa yang ku harapkan...
dapat membimbingku menuju ke syurga impian kita bersama..insyaAllah
~Wahai Lelaki Idaman Setiap Wanita Solehah..
Kemuliaanmu pada taqwa yang menghias diri,
Keperkasaanmu pada pengorbanan yang tiada henti,
Tiada matlamat berunsur duniawi,
Yang hanya bersifat sementara dan tiada erti,
Andai tidak dimanfaatkan ke jalan Ilahi.......
thanks cik assyfa!

5 comments:

Anonymous said...

Moga Allah mempermudahkan dan menunjukkan jalan kepada setiap kaum adam di dunia dan dpt mengharungi dogaan godaan dunia ini...

uya ahmad said...

huhuhuh..
bile plak nak letak
wanita idaman lelaki???
hahaha...
anyway. manusia takkan jadi sempurna,
sesempurna ALLAH SWT....betul tak adik2???
kekekke....

tiArA EmiLY said...

to mr anonymous,
thanks a lot!

tiArA EmiLY said...

to uya ahmad,
uiks..wanita idaman lelaki??
aku manala tau
suh la kaum Adam
plak pk kriteria pe yang diidamkan
untuk menjadi pasangan mereka..
huhu
aku tgk kau nye komen nh
dah macam kaunselor plak
hahaha

uya ahmad said...

hahaha.
aku da menjadi semakin matang, OK....
ahahaha....
pura still lagi pura yg chumel..
keke..takde konselor, konselornye.
huuu