Salam Terakhir~
12:39 AM Edit This 4 Comments »Salam untuk semua.
Maaf kerana terpaksa mencoret post kali ini dalam bahasa ibunda,
Hari ini tanggal 25hb Jun 2008 genaplah 7 hari Allahyarham Darwish Kamaruzzaman Bin Ramly meninggal dunia.
Allahyarham baru sahaja berumur setahun 10 hari pada hari kematiannya.
Allahyarham menghadapi masalah jantung kerana jantungnya hanya mempunyai 3 injap dan tidak dapat mengepam total darah dengan sempurna.
Saya diberitahu tentang kematian Allahyarham, dua hari sebelum saya menghadapi peperiksaan IELTS (International English Language Test System).
Tidak saya duga, dia pergi terlalu awal tanpa sakit2 seperti selalu.
Dia pergi dengan aman.
Dari jauh, saya hanya mampu berdoa agar segala upacara pengebumian berjalan dengan lancar.
Walaupun tidak dapat memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham, sedikit terkilan tetapi saya percaya pada qada' dan qadar yang Allah telah tetapkan.
Hubungan saya dengan Allahyarham ialah sepupu..sepupu yang amat rapat dan kerap saya berjumpa semasa hayatnya.
Dia dipinjamkan hanya sementara.
Terkadang saya terfikir, ada juga hikmah disebalik pemergiannya, tentu Allah lebih menyayanginya dan tak ingin ibu dan ayahnya menderita melihat penderitaannya.
Akhir kata.
Semoga rohnya ditempatkan di tempat orang-orang yang beriman di sisi AllahSWT dan dapat memberi syafaat kepada kedua ibu bapanya di akhirat kelak.
Amin~ Allahyarham pada hari2 terakhirnya
4 comments:
aminn...
Jika bersedih, pandanglah ke langit, ingatlah Allah masih ada....jika keresahan, renungilah ke dasar hati, yakinlah Allah mencipta hati...jika berputus asa, lihatlah sungai yang mengalir walau dihalang batuan keras...Jika kecewa lihatlah hakikat alam semesta, percayalah Allah maha berkuasa...jika rasa tersisih, lihatlah purnama di malam sepi, yakinlah Allah tidak akan membiarkan kita sendiri...jika segalanya tidak pasti, serahkan pada yang MAHA MENGETAHUI yang tersirat mahupun tersurat..moga jawapannya kan kau temui..."
Specially thanks to you (ibnuadam) kerana selalu menyokong dan memberi nasihat. Anda memang seorang sahabat yang baik. Semoga persahabatan kita kekal selamanya~
semoga rohnya dicucuri rahmat
aminnn~
Post a Comment