friend or FOE
12:26 AM Edit This 0 Comments »Bismillahirrahmanirrahim
Syukur dengan nikmat Islam dan Iman
Syukur dengan nikmat tarbiyyah
Syukur dengan ukhuwwah islamiyyah
Alhamdulillah.Alhamdulillah.Alhamdulillah.
Sangat berterima kasih pada akhowat yang berjaulah ke Batu Pahat baru baru ini untuk menghadiri walimah kakak kita yang dikasihi lagi disayangi..
Ana sangat sangat terharu..akhowat semua sudi datang, sesungguhnya kehadiran antunna sangat bermakna bagi ana dan keluarga.
Alhamdulillah, selepas kepulangan antunna..mak ana ada curhat dengan ana menyatakan rasa syukur kerana ana memilih untuk bersama sama dengan antunna walau di dunia ini masih ramai lagi golongan sahabat yang ana boleh pilih. Sahabat di dunia dan di akhirat insyaALLAH.
Selepas kepulangan antunna juga, Allah mentaqdir ana untuk mentadabbur kalamNya yang berbunyi:
“Wahai celaka aku! Sekiranya (dulu) aku tidak menjadikan si fulan itu teman akrabku, sungguh, dia telah menyesatkan aku dari peringatan (alQuran) ketika (alQuran) itu telah datang kepadaku. Dan syaitan itu memang pengkhianat manusia.”
~alFurqan: 28-29
Kat dunia ni,
Boleh je kita nak pilih bermacam macam jenis kawan..
Tetapi,
Mohonlah kepada Allah agar dialog di atas yang Allah rakamkan dalam surah AlFurqan tersebut, tidak kita ucapkan kerana
Leka memilih sahabat yang menjauhkan kita dengan Allah
*Sahabat yang ajak kita couple, tengok wayang, buang masa, bergosip, dan sebagainya
Lalai dalam memilih sahabat yang wajahnya mengingatkan kita pada Allah, yang kata katanya menggetarkan roh kita yang kering dengan hidayah, yang tingkahnya menyebabkan kita malu yang kita ni sebenarnya hamba yang kecil je di sisi Allah.
SubhanALLAH!
Syukur kepada Allah. Aku sempat berkawan dengan macam macam jenis manusia dan aku memilih berukhuwwah kerana ALLAH kerana aku merasai manisnya ukhuwwah fillah itu..
Uhibbukumfillah,
tiArA
0 comments:
Post a Comment