friend or FOE part II (via muharikah.wordpress.com)

2:07 PM Edit This 0 Comments »

bismillahirrahmanirrahim..

tulisan tulisan di muharikah begitu terkesan di hati saya
dan kehadiran tinta tinta tersebut begitu mengena pada waktunya
segala puji hanya bagi ALLAH
yang menyatukan hati saya dan tulisan ukhti itu
yang menggerakkan hati saya untuk membaca, sekaligus terkesan, dan ingin sekali berkongsi di laman saya pula
semoga saya sentiasa muhasabah dengan tulisan ukhti ini
dan sememangnya saya mempunyai niat untuk menulis dengan kandungan yang serupa
tapi, tulisan ini begitu memikat hati saya sehinggakan saya merasakan saya tidak akan dapat menulis dengan secantik ini
insyaALLAH, saya akan cuba juga (saya pun nak saham akhirat juga!)
insyaALLAH, harap anda tersentuh juga! (selalulah ke blog muharikah..memang BEST)


Manusia ini berbezakan?

dan terkadang kita lebih prefer bersama/berkawan dengan mereka yang ‘sama’ dengan kita sahaja.

sedangkan Allah memang menemukan kita dengan pelbagai jenis manusia supaya kita dapat berkenalan dengan mereka.

Namun, yang paling penting sekali adalah; untuk belajar bagaimana nak bergaul dan ‘deal’ dengan manusia yang amat berbeza sekali.

( sebab itu ramai murabbi ini, hanya akan cari mad’u yang ngam dengan dia sahaja.. taklehlah kan camtu? sebab dakwahkan untuk semua… termasuk utk orang yang paling susah kat dunia sekalipun)

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَـٰكُم مِّن ذَكَرٍ۬ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَـٰكُمۡ شُعُوبً۬ا وَقَبَآٮِٕلَ لِتَعَارَفُوٓاْ‌ۚ إِنَّ أَڪۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَٮٰكُمۡ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ۬
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan . Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya. ( Al-Hujurat: 13)

Allah kaitkan, taaruf itu dengan takwa. Kerana taqwa itumenjadi asas kepada pengenalan.

Masalah ukhuwah adalah disebabkan masalah ketaqwaan kita kepada Allah.

terkadang kita takleh nak ‘gi’ dengan seseorang, ataupun gelombang kita dan dia berbeza mungkin kerana taqwa itu kurang, dari kedua-dua pihak sekaligus.

sedangkan kita melihat Rasul yang mulia, tak pernah ada masalah untuk ‘masuk’ dengan seseorang, hattakan dengan perempuan Yahudi dan Abu Jahal sendiri disantuninya dengan baik, tanpa pilih kasih dan berat sebelah.

Sebab Rasulullah, amat cuba toleransi dengan perangai yahudi dan abu jahal ( serta kaum Quraisy yang lain) , cuba memaafkan mereka, dan bergaul dengan mereka sebaik mungkin demi untuk tetap menyampaikan kalimah Al-Haq.

Kerana sebuah taqwa, perasaan peribadi, perasaan ego, perasaan takleh nak masuk dengan seseorang itu ditundukkan dan ‘disuppress’ kan. Kerana nakkan taqwa kepada Allah, semua keinginan peribadi ditundukkan. Demi mendapatkan redha Allah itu sendiri.

Seperti mana kita nak orang memahami kita dan menerima kita seadanya, kita sendiri perlulah memahami dan menerima orang lain seadanya.

Penting amat pepatah ini. Hayatilah dengan mendalam.

Pengenalan/taaruf itu memerlukan masa.

Dan untuk memahami seseorang, memerlukan ujian, dan terkadang ujian itu amat menyakitkan. Namun selepas melepasi ujian tersebut, pengenalan itu akan membuahkan kefahaman dan seterusnya cinta yang mendalam bagi dua insan tersebut.

Mengenali seorang murabbi yang pandai membaca manusia, sangat mengajarkan saya bahawa, kita takkan pandai membaca manusia selagi mana kita tak berkenalan dengan ramai manusia lain.

Ada orang berguru dengan buku. Ada orang berguru dengan manusia. Dan memang, guru itu sendiri adalah anak murid kita, mutarabbi kita. Kerana mereka banyak mengajarkan kita tentang sifat2 manusia itu sendiri

Sebab itu, lebih ramai manusia kita temui dan kita ajarkan tentang islam, lebih mudah kita memahami dan menerima karekter manusia yang berlainan ini.

kerana hidup kita akan selalu sahaja berasumsi.

Seperti mak saya pernah kata; ‘ first impression always important’.

( sebab itu kot first time jumpa suami saya sahaja terus setuju untuk teruskan baitul muslim. Ehem ehem :) . alhamdulillah. Impression seorang muslim yang shodiq, insyaallah)

Namun asumsi kita pada seseorang itu bergantung pada ruang lingkup manusia yang kita kenal.

Contohnya kita assume A ini lembut orangnya sebab pertama kali jumpa dengan dia, terus lemah lembut bercakap dan sopan santun.

Sedangkan betapa ramai orang lembut sebenarnya sangat keras hatinya dan sangat kental jiwanya?

Dan kita assume B ini keras hatinya dan seolah-olah tiada perasaan kerana selalu ‘berdegang-degang’ dia bercakap di pentas kerana bersemangat waja dan kita tak pernah tengok dia menangis pun di depan mata kita.

Sedangkan, dialah manusia paling sensitif dan lembut sekali jiwanya. Ditegur sekali, sure akan terus ‘zaassss’ dan merintih hatinya.

Dan kita hanya boleh memahami manusia bila lebih luas pergaulan kita.

Dan setelah saya berkahwin, saya belajar dunia yang amat berbeza dari dunia perempuan ini.

Sebuah text mesej masuk dari adik angkat/mutarabbi saya selepas saya berkahwin;

‘ camne akak lepas kahwin ni? best tak?’

saya membalas ( menyorok-nyorok sket kan..heheh):

‘ alhamdulillah, interesting….. :) ,’

dan terus dia menjawap,

‘ there are more that you will know nanti. saya harap akak bahagia dengan zauj insyaallah.’

dan sampai sekarang saya masih teringat isi text mesej dia tersebut kerana kebenaran yang lahir dari perkataan itu. Dan tentu ramai akhawat yang berpengalaman mengatakan kepada saya bahawa;

‘ berkenalan dengan suami ini adalah sampai ke tua!’

Dan banyak yang saya pelajari dari suami saya sendiri, pengajaran yang hanya difahami jika kita mengalaminya.

Kerana apa?

Sebab saya assume suami saya seperti abah dan abang saya! dan tentu seperti saya..uhuhuh.. camnelah lelaki nak sama cam perempuan???. ( banyak betul saya assume pasal suami saya…. kesian dia…huhuh)

( manalah saya kenal lelaki lain kan……)

Lelaki dalam hidup saya adalah seorang yang amat berbeza sekali. Perwatakan, pengalaman, impian dan karekternya berbeza sekali dengan dua lelaki yang pernah wujud dalam hidup saya.

Sebab itu lelaki dan wanita itu lain. Ejaan pun lain. Sebut pun lain. Semua benda lain.

Takkan perwatakan samakan?

Sebab itulah, lelaki dan wanita itu saling melengkapi. Kekurangan dan kelebihan masing-masing akan menutupi sesama sendiri. Tenaga akan sinergi, dan kefahaman akan menyatu jika masing-masing memahami perangai masing-masing ini.

terkadang saya tak faham, kenapalah si dia tak faham perangai perempuan, dan dia sendiri pelik, kenapalah saya tak faham-faham perangai lelaki.

Kerana itu mungkin Rasulullah pernah menasihatkan kaum muslimin di dalam sebuah sidang jumaat:

“Terimalah wasiat ini yang aku wasiatkan kepada kamu iaitu berbuat baiklah kepada wanita kerana mereka dijadikan daripada tulang rusuk. Bahagian yang paling bengkok pada rusuk ialah pada bahagian atas-Nya. Jika engkau hendak meluruskan bahagian yang bengkok itu maka nescaya engkau akan mematahkannya, tetapi jika engkau membiarkannya, maka ia akan sentiasa bengkok, maka berbuat baiklah kepada wanita”.

Mungkin kerana wanita ini kompleks difahami oleh lelaki, kerana memerlukan kesabaran yang teramat dari kaum lelaki dalam melayani mereka. Kerana karekter wanita sebagai tulang rusuk, jika bengkokkan, patah, jika dibiarkan sahaja, akan selalu bengkok.

maka, Rasulullah kata, be nice to them. Pada hemat saya, Rasulullah nak cakap, be balance… :) ( dalam sebuah hadis yang amat mahsyur, Nabi s.a.w pernah ditinggalkan isterinya sehari semalam selepas mereka menuntut sesuatu dari baginda. Bersabarnya Nabi pada isterinya!)

Akhirnya ilmu dan taqwalah yang menyelamatkan keadaan. Memang, untuk memahami seseorang di luar comfort zone kita teramat sukar.

( yelah, kita tak faham2 kenapalah orang tak faham kita, maka apa kata kita cuba memahami orang lain pula, ok?)

Kita dah biasa dengan orang yang boleh terima cara kita, perwatakan kita dan boleh ikut je apa kita nak.

Apabila kita berkenalan dengan manusia yang lain dan teramat berbeza sekali dengan kita, di luar dari zon selesa kita, tentulah di situ, kesabaran amat perlu. Keterbukaan dan penerimaan amat perlu disemaikan.

Dari kedua belah pihak.

Memahami untuk bertoleransi.Memahami untuk lebih menguatkan diri kita dan dia.

Memahami untuk lebih melengkapkan diri masing-masing. Menjadi manusia lebih sempurna.

Tulisan ini ada dua mesej paling utama:

1) tak semua manusia sama. Maka terbukalah dalam mempelajari sikap mereka dan memahami mereka.

2) sampai mati pun banyak benda baru kita belajar tentang pasangan kita. Maka bersabarlah, dan jangan berputus asa( gaya lagu maher zain, insyaallah). Ketaqwaan sentiasa menjadi titik tengah kita insyaallah. Kebahagiaan pasti akan dikecapi bila satu rasa itu menyatu insyaallah.

Ana ukhtikum fillah,

aisyahz

0 comments: