copy and paste for own good,

8:17 AM Edit This 0 Comments »

Pembinaan Baitul Muslim – (1) Mendidik ahli keluarganya supaya menghormati gagasannya. (2) Memelihara setiap adab Islam dalam setiap sudut hidup berumatangga. (3) Teliti ketika memilih isteri. (4) Didik isteri tentang hak dan tanggungjawabnya. (5) Didik anak dan pengasuh dengan baik dan besarkan mereka berdasarkan prinsip Islam. Ini juga wajib bagi saudara semua. (Hasan alBanna, Risalah Ta’alim)

Majlis Ta’lim Ba’dal Isya’ berjalan seperti biasa semalam. Kami, dari pelbagai bangsa dan warganegara, akan duduk bersama dan membincangkan buku RiyadusSolihin.

Hadith semalam,

Ibn Umar ra said : The Messenger of Allah saw said : ‘There is no infection and no evil omen; but if there is anything (that may be a source of trouble) then it could be a house, a horse, and a woman’ (alBukhari and Muslim)

Dr. Kanaan memberi satu equation yang menarik – jumlah penyokong bergantung kepada sokongan isteri kepada perjuangan suami. Nabi Muhammad di sokong oleh Ummul Mu’minin, dan lihatlah pengikutnya ramai. Lihat pula Nabi Nuh dan Nabi Luth, isteri mereka menderhaka lalu begitu juga pengikut mereka.

Dua persoalan yang perlu kita fikir betul-betul :

1) Adakah kita memilih pasangan yang bersama mendokong perjuangan?

2) Yang lebih penting, kita ada sesuatu yang diperjuangkan ke?

Saya terjumpa satu lagi hadith sekitar persoalan ini :

Empat perkara dari Kebahagiaan : Wanita yang solehah, rumah yang luas, jiran yang baik, dan kenderaan yang bagus. Empat perkara pula dari Kesengsaraan : Jiran yang buruk, wanita yang teruk, rumah yang sempit, dan kenderaan yang tidak bagus’ (Ahmad, alThabrani dan alHakim. Disahihkan oleh alBani serta menepati syarat Sahih alBukhari)

Seolah-olah dua hadith ini berkata-kata kepada kita,

‘Pilih elok-elok duniamu. Pilih elok-elok isterimu. Pilih elok-elok rumah bagaimana yang kamu mahu. Pilih elok-elok di mana kamu ingin tinggal. Pilih elok-elok ketika membeli kereta. Kerana, ia akan menentukan sama ada kamu bahagia atau pun sengsara.’

Source: http://elbaeraqy.wordpress.com/2011/01/27/pilih/

0 comments: