thanks,
1:26 PM Edit This 0 Comments »I get, I tell myself,, this is just "dunya" it is fine if I don't always win,,
it is winning the life after,,
so one way or another it will pay back,,
we just need to keep going
May Allah make things easy,,,
cuz we can study study study but nothing happens without his will,,
tactile agnosia
10:31 AM Edit This 1 Comment »sila beri semangat pada saya.
terima kasih.
lillahita'ala. ye ke?
1:54 PM Edit This 0 Comments »Gara-Gara Tidak Ikhlas
Dari Sulaiman bin Yasar, dia berkata: Suatu saat, ketika orang-orang mulai bubar meninggalkan majelis Abu Hurairah -radhiyallahu’anhu-, maka Natil -salah seorang penduduk Syam- (beliau ini adalah seorang tabi’in yang tinggal di Palestina, pent) berkata kepadanya, “Wahai Syaikh, tuturkanlah kepada kami suatu hadits yang pernah anda dengar dari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam.”
Abu Hurairah menjawab, “Baiklah. Aku pernah mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Sesungguhnya orang-orang yang pertama kali diadili pada hari kiamat adalah:
[Yang pertama]
Seorang lelaki yang telah berjuang demi mencari mati syahid. Lalu dia dihadirkan dan ditunjukkan kepadanya nikmat-nikmat yang sekiranya akan diperolehnya, sehingga dia pun bisa mengenalinya. Allah bertanya kepadanya,“Apa yang telah kamu lakukan untuk mendapatkan itu semua?”. Dia menjawab, “Aku berperang di jalan-Mu sampai aku menemui mati syahid.” Allah menimpali jawabannya, “Kamu dusta. Sebenarnya kamu berperang agar disebut-sebut sebagai pemberani, dan sebutan itu telah kamu peroleh di dunia.” Kemudian Allah memerintahkan malaikat untuk menyeretnya dalam keadaan tertelungkup di atas wajahnya hingga akhirnya dia dilemparkan ke dalam api neraka.
[Yang kedua]
Seorang lelaki yang menimba ilmu dan mengajarkannya serta pandai membaca/menghafal al-Qur’an. Lalu dia dihadirkan dan ditunjukkan kepadanya nikmat-nikmat yang sekiranya akan diperolehnya, sehingga dia pun bisa mengenalinya. Allah bertanya kepadanya, “Apa yang telah kamu lakukan untuk mendapatkan itu semua?”. Dia menjawab, “Aku menimba ilmu dan mengajarkannya serta aku membaca/menghafal al-Qur’an di jalan-Mu.” Allah menimpali jawabannya,“Kamu dusta. Sebenarnya kamu menimba ilmu agar disebut-sebut sebagai orang alim, dan kamu membaca al-Qur’an agar disebut sebagai qari’. Dan sebutan itu telah kamu dapatkan di dunia.” Kemudian Allah memerintahkan malaikat untuk menyeretnya dalam keadaan tertelungkup di atas wajahnya hingga akh! irnya dia dilemparkan ke dalam api neraka.
[Yang ketiga]
Seorang lelaki yang diberi kelapangan oleh Allah serta mendapatkan karunia berupa segala macam bentuk harta. Lalu dia dihadirkan dan ditunjukkan kepadanya nikmat-nikmat yang sekiranya akan diperolehnya, sehingga dia pun bisa mengenalinya. Allah bertanya kepadanya, “Apa yang telah kamu lakukan untuk mendapatkan itu semua?”. Dia menjawab, “Tidak ada satupun kesempatan yang Engkau cintai agar hamba-Mu berinfak padanya melainkan aku telah berinfak padanya untuk mencari ridha-Mu.” Allah menimpali jawabannya, “Kamu dusta. Sesungguhnya kamu berinfak hanya demi mendapatkan sebutan sebagai orang yang dermawan. Dan sebutan itu telah kamu dapatkan di dunia.” Kemudian Allah memerintahkan malaikat untuk menyeretnya dalam keadaan tertelungkup di at! as wajahnya hingga akhirnya dia dilemparkan ke dalam api neraka.”
(HR. Muslim [1903], lihat Syarh Muslim [6/529-530])
kagumi dia
10:53 AM Edit This 0 Comments »Pandangan-pandangannya semua realistik, walaupun ada sebahagian orang melihat ia sebagai sesuatu yang luar akal.
Dia lebih senang memilih jalan jauh untuk keberkesanan yang panjang, berbanding jalan pintas yang kemudiannya hanya merobohkan.
Matlamat kita semua insyaALLAH..
5:44 PM Edit This 3 Comments »"Assalamualaikum, pakcik.. tolong kutip kertas itu. Nanti pakcik rugi di Akhirat. Kebersihan itu separuh daripada iman." Bunyi satu suara di belakangnya.
Ia bingkas berpaling. Siapa berani menegurku? Aku Datuk Dr. Johar, orang besar negara ini.
"Pakcik, biarlah saya tolong kutip,sebelum Penguatkuasa Iman dan Islam datang. Nanti didendanya pakcik," kata budak kecil berpakaian putih dengan serban yang melilit kepalanya.
Datuk Dr. Johar membetulkan tali lehernya. Ah, kalau dia datang biar aku sogok dengan duit ini. Siapa yang tak kelabu mata tengok duit merah, biru berlapis-lapis. Namun, Datuk Dr. Johar terus hairan. Bangunan pencakar langit dengan wajah pembangunan yang sofistikated. Ada helikopter bersimpang-siur bergerak di udara. Railbus bercerakah ke sana sini. Bullet train meluncur bagaikan panah dilepaskan dari busurnya. Kesibukan yang layak dipikul oleh manusia-manusia moden. Namun peliknya, pakaian mereka, tingkah-laku mereka. Ah, di mana aku sekarang ini, gerutu hati Datuk Dr.Johar.
"Hoi budak, Aku dimana sekarang ?" soalnya kepada budak yang menegurnya tadi. Budak itu tersenyum. Mukanya cerah dan indah. Tenang dan bersuara lunak. Apakah ini Aladdin, budak Arab dengan lampu ajaibnya, teka-teki itu terus menerjah kepala dan kotak fikir Datuk Dr. Johar.
Budak itu membuka mulut hendak menjawab. Belum sempat, tiba-tiba datang sebuah kereta jenis Ferrari, merah dan bercahaya. Keluar dua orang lelaki dengan pakaian yang hebat dan segak. Serban mereka berwarna hitam berjalur biru. "Assalamualaikum. Maaf, pakcik. Kami terpaksa mendenda pakcik. Kesalahan membuang sampah ini sudah belasan tahun tidak berlaku di Darul Taqwa ini. Kami terpaksa mendenda pakcik. Kebersihan itu lambang iman. Negara ini menitikberatkan iman. Pakcik didenda, 30 kali subhanallah, 30 kali astaghfirullah dan selawat 100 kali." Kata pegawai penguatkuasa itu dengan lembut.
Datuk Dr. Johar tersentak. Apa namanya undang-undang ini. Tak ada dewan bandaraya di seluruh pelusuk dunia mengamalkannya. Dia tercengang-cengang. Namun egonya membumbung tinggi. Apa? Dia nak marahkan aku?
"Ni duit lima ratus. Saya tak mahu buat apa yang kamu minta. Kita selesaikan di sini saja. Berapa gaji yang kamu dapat sebulan?" tanyanya angkuh.
"Pakcik, kita bekerja kerana Allah, bukan kerana gaji. Lagipun duit bukan ada harga lagi di zaman ini. Semuanya dipandang sebagai alat, bukan matlamat," kata pegawai berjanggut dan berjambang itu dengan tenang.
"Oh, oh maafkan kami, pakcik. Kami nak tanya sikit, kenapa pakcik pakai pakaian zaman dulu? Mana pakcik dapat pakaian macam itu ?" Tanya pegawai itu pula.
Aku yang gila, atau dia yang gila? Detak hati Datuk Dr. Johar. Dia berjalan ke arah kereta Ferrari yang berkilat itu. Melalui cerminnya dia nampak perawakannya dengan jelas. Tak ada yang salah. Tali leher, kemeja dan kotnya masih kemas dan segak. Daripada jenama yang mahal pula-Pierre Cardin. Kasutnya hitam berkilat daripada jenis Bally. Ah! Aku masih unggul. Lelaki tampan, lambang status dan kejayaan. Dia yang kolot, dia yang ketinggalan zaman.
"Anak muda, pakaian pakcik ni pakaian pemimpin. Pakcik orang besar di negara ini. Pakcik dah keliling dunia dengan pakaian ni."
"Pakcik, itu pakaian puluhan tahun yang lampau. Ketika Islam belum berdaulat di Darul Taqwa ni. Moyang-moyang kami dulu saja yang pertahankan pakaian macam itu. Itu pakaian orang kuno di Barat. Sekarang, kami hanya dapat lihat gambar-gambarnya saja. Itu pun dalam buku sejarah zaman peralihan Islam. Orang Barat zaman moden ini dah berpakaian macam yang kami pakai. Tak ada orang yang pakai macam tu kecuali orang-orang bukan Islam yang dijamin kebebasannya dalam sebuah negara Islam seperti Darul Taqwa."
Datuk Dr. Johar termanggu-manggu kebingungan. "Di mana aku sebenarnya ni?" Dia bertanya lagi kepada pegawai penguatkuasa dan budak kecil di tepi jalan. Dia masih kenal, ini Jalan Chow Kit di tengah bandar Kuala Lumpur. Masih ada Masjid Pakistan dan Masjid Kampung Baru di sebelah sana. Tetapi itu sahaja, yang lain tak ada.
"Pakcik di bandar Mutmainnah. Ini jalan Mujahadah, namanya. Saya Haji Din, Pegawai Penguatkuasa Iman dan Islam. Diberi amanah untuk memastikan kebersihan lahir batin bandar ini."
Apa? Bandaraya Kuala Lumpur dah jadi Bandaraya Mutmainnah? Jalan Chow Kit dah jadi Jalan Mujahadah? Apa dia mutmainnah? Apa dia mujahadah tu? Apa yang terjadi ni? Soalan-soalan itu terus menyerang benak Datuk Dr. Johar. "Pakcik, kami rayu pakcik membayar denda tadi. Kalau tak boleh sekarang, lepas sembahyang nanti pakcik laksanakanlah. Demi kebaikan pakcik dunia dan Akhirat."
Tiba-tiba terdengar suara orang memberi salam dari jauh. Nyaring dan jelas. Seorang lelaki pertengahan umur berlari kepada seorang pegawai penguatkuasa. "Tuan, hukumlah saya. Saya mengumpat tadi. Ya Allah! Seksa neraka amat pedih..Tolonglah, tuan. Hukum saya di dunia sebelum saya dihukum di Akhirat!" rayu lelaki itu.
Pegawai tadi berpaling ke arah lelaki yang baru datang, dan kesempatan itu diambil oleh Datuk Dr. Johar. Ia lari sekuat-kuat hati.Peliknya mereka tidak mengejarnya. Ia terlepas. Lega. Dahaga , lapar mula menggigit tekak dan perutnya. Dia mesti makan. Dia perlu minum. Tapi di mana? Tiba-tiba ia terdengar suara komputer dari sound system di tepi-tepi jalan, "Assalamualaikum, kepada seluruh penduduk Kota Mutmainnah. Syed Al Abrar, hartawan besar berada di jalan Uwais Al Qarni. Dia merayu fakir miskin supaya sudi menerima sedekahnya. Hari ini ia menjamu nasi dan minuman. Sila datang!"
Datuk Dr. Johar orang besar Darul Ghurur itu tidak akan mencemar duli menagih nasi. Dia ada duit, mampu membelinya sendiri. Dia pun masuk ke sebuah restoran di tepi jalan. Di situ penuh dengan pelanggan. Semuanya berserban dan berjubah. Matanya tak betah lagi melihat semua itu.Tapi kerana lapar ia masuk juga. "Maaf tuan, itu pintu masuk untuk wanita. Di sini untuk lelaki". "Ceh! Diskriminasi, double-standard, lelaki dipisahkan daripada perempuan".
Mukanya dicemekkan kepada tuan kedai yang menegurnya. "Ada restoran lain yang mengamalkan persamaan taraf antara lelaki dan perempuan? Saya tak suka pemisahan-pemisahan macam ni!".
Lelaki itu tersenyum. "Empat puluh tahun yang lalu adalah. Sekarang ni kita sudah bebas dan merdeka. Zaman penjajahan fikiran dan jiwa sudah berlalu. Tak ada diskriminasi wanita di sini, tuan. Amir Muhammad, pemimpin Darul Taqwa telah menaikkan taraf wanita tanpa Women's Libs. Kalau tuan ada isteri dan membawanya bersama, sila masuk ke sana. Di sana ada tempat khusus untuk makan bersama isteri dan anak perempuan", terangnya. Mukanya jernih.Serban dan jubahnya serba putih.
"Ini bertentangan dengan prinsip demokrasi. Sistem pemerintahan kapitalis, sosialis, nasionalis malah komunis sekalipun tak macam ni!" "MasyaAllah pakcik, jangan disebut lagi nama-nama ideologi tu. Semuanya telah termaktub sebagai ajaran-ajaran sesat dalam perlembagaan Darul Taqwa ini. Tak ada orang lagi yang berpegang dengan fahaman jahiliyyah tu... Subhanallah. ..." Keluh tuan restoran itu sambil mengurut-ngurut dadanya. Ekor serbannya bergoyang-goyang ketika ia manggeleng-gelengkan kepalanya.
Ah! Persetankan semua itu. Perut aku lapar. Datuk Dr. Johar pun duduk. "Nasi beriani sepinggan!" ujarnya kepada pelayan. "Dalam pinggan, tuan?" tanya pelayan itu kehairanan. "Ya! Apa peliknya?". "Baik, tuan. Tapi semua orang berebut- rebut pahala makan berjamaah. Tuan makan seorang?" tanya pelayan berkulit hitam itu. Dia tambah geram. Direnung ke hadapan, iaitu ketempat orang menikmati makanan.Tidak ada meja makan hanya hamparan permaidani tebal dengan dulang-dulang indah yang tersusun rapi. Mereka makan satu dulang. Yek! Jijiknya. Ah! Aku tetap aku. Aku ada pendirian! Nasi beriani dengan ayam goreng kegemarannya terhidang di atas kain putih khas.
"Jemput makan dengan nama Allah yang memberi rezeki," kata pelayan itu dengan sopan. Datuk Dr. Johar makan dengan seleranya. Dewan makan itu berhawa dingin lengkap dengan alat TV dan pita videonya sekali. Dia makan seorang diri bagai kera sumbang.
"Ya Allah, apa musibah yang menimpa ana Subuh tadi. Ana masbuk dalam sembahyang jemaah Subuh, " ujar seorang lelaki muda dengan wajah yang kecewa. Suapnya perlahan.
"Macam tak lalu makan saja, anta tak cuba tampung dengan amal makrufat yang lain?" tanya sahabatnya di sebelah. Dia nampak simpati. Datuk Dr. Johar pasang telinga saja.
"Ana nak sedekahkan lima ribu ringgit. Malang nasib ana. Ana tunggu lima jam di tepi jalan tadi, seorang pun tak mahu terima sedekah ana " Keluhnya."Susah kita sekarang. Orang miskin yang bolot pahala redha, pahala sabar. Mereka patutnya bantulah kita. Tolonglah terima sedekah kita. Ah, susahnya jadi orang kaya macam kita ini. Dahlah nanti di Akhirat banyak hisabnya, di dunia orang tak sudi pula terima sedekah kita", keluh seorang yang sama-sama makan dengan lelaki muda tadi.
"Kalaulah kita hidup zaman moyang kita dulu, kan dapat kita korbankan harta yang banyak ini. Ana pun dapat harta ni melalui warisan daripada bapa, yang diwarisi oleh datuk ana daripada moyangnya. Kita tunggulah bila kerajaan nak bangunkan projek negara atau nak gunakan duit untuk kemaskinikan kementerian-kementeriannya, saya nak labur habis-habisan. Biar jadi saham Akhirat," kata pemuda itu menutup perbualan. Mereka pun makan dengan perlahan-lahan.
Datuk Dr. Johar makin pelik. "Tambah nasi sepinggan lagi!" ujarnya kepada pelayan restoran. "Demi kesihatan tuan, saya nasihatkan, berhentilah sebelum kenyang. Maaf tuan saya terpaksa mengatakan demikian. Saya pelayan kedai merangkap pegawai perubatan....," kata pelayan itu lagi. "Apa? Awak pegawai perubatan? Seorang doktor ke? Kelulusan luar negeri atau dalam negeri? Awak sepatutnya bertugas di hospital, bukan di restoran!" bentaknya. Marah campur geram. "Tuan, mana ada hospital sekarang. Yang ada khusus untuk bayi, kanak-kanak dan wanita, juga para mubaligh dan mujahid yang cedera ketika berjuang. Tuan, kalau tuan amalkan makan hanya bila lapar dan berhenti sebelum kenyang, tuan akan sihat, insyaAllah. Kita tak perlu hospital."
"Bodoh, kalau macam tu, macam mana nak rawat pesakit kencing manis macam aku ini ?" leternya perlahan-lahan. "Penyakit kencing manis? Tuan menghidapnya? Saya ada baca buku perubatan edisi tahun 1990 dulu. Sekarang penyakit tu dah tak ada siapa menghidapnya."
"Batalkan saja order saya tadi, banyak sangat cakap, boring. Saya perlu hiburan sekarang. Di mana boleh saya dapati ?" tanyanya. "Di sana, tuan. Melalui butang pada sistem komputer di sebelah sana, tuan boleh dapat apa saja hiburan yang menyegarkan. Tak payah risau pasal bil. Percuma.
Datuk Dr. Johar, orang besar negara, melangkah hebat ke tempat yang ditunjukkan. Berbagai-bagai butang dengan bermacam warna berkelip-kelip. Sangat rumit tapi kekeliruan itu dapat disembunyikannya. Dia malu kalau-kalau dengan pakaian jenama Pierre Cardinnya ia masih kelihatan kolot.. Entah di mana falsafah moden Datuk Dr. Johar. Pada pakaiannyakah atau otaknya? Diberanikan hatinya; satu butang warna hitam ditekan. Dalam skrin timbul tajuk besar-KHAUF. Apa bendanya ni? Kemudian menyusul nama-nama lagu: MATI ITU TERLALU SAKIT, ALAM BARZAKH YANG PASTI, MIZAN NOKTAH PENYESALAN , IZRAEL DATANG TIBA-TIBA Oh... Oh ... seram sejuk tubuhnya. Apa nama lagu macam ini? Biarlah menaruh harapan sikit. Hatiku macam kristal, boleh pecah dengan lagu-lagu macam tu. Aku belum nak mati lagi, protes hati Datuk Dr.Johar.
Dia beralih ke butang hijau tanpa lengah terus menekannya. Tertera di atas skrin komputer, 'RAJA'. kemudian tersembul tajuk-tajuk lagu. Dibacanya dengan teliti... FIRDAUSI MELAMBAIMU, DEMI CINTA DAN RAHMAT-NYA, KEINDAHAN JANNAH YANG ABADI.. Kepala Datuk Dr. Johar makin pusing. Semuanya tentang Akhirat. Apa nak jadi ni?
"Tak ada lagu yang hot sikit ke?" tanyanya kepada seorang anak muda berjubah coklat di sebelahnya. "Nanti ya pakcik . Saya pilihkan lagu yang paling hot sekarang ni.Top-hit anak-anak muda sekarang..." "Ya, ya saya setuju," balas Datuk Dr. Johar. Telinganya dihalakan kepada sistem suara di dinding restoran itu. Dia ingin dengar lagu-lagu kegemaran muda-mudi daerah asing itu. Ayat suci Al-Quran... "Eh ...ni suara orang mengaji," "Nanti dulu pakcik,selepas ni ada terjemahannya kemudian baru menyusul lagunya," kata pemuda berjubah cokat itu sambil matanya di tutup rapat-rapat. Asyik sekali dia. Kemudian getaran suara bergema, "Cintaku berlabuh di persada rahmat-Mu mendamba kasih yang tidak berhujung mengutip sayang di hamparan cinta suci. Inilah getaran hatiku memburu cinta, stanza hati merindu Ilahi..."
Datuk Dr. Johar tak tahan lagi. Ia merengus dan pergi ke kaunter bayaran. "Maaf tuan, duit ini duit lama. Kalau tuan tak mampu bayar kami halalkan sajalah" Datuk Dr. Johar makin geram. Dia menderam dan berkata "Saya bayar dengan kad kredit saja!" Dia hulurkan kad kredit warna keemasannya. "Maaf sekali lagi, tuan. Kad kredit ini bukan yang boleh kami terima, kami halalkan sajalah." "Tak, pantang saya minta sedekah. Saya ada harta simpanan berbungkal-bungkal emas di bank. Takkan saya nak bawa, nanti disambar pencuri."
"Darul Taqwa tak ada pencuri, tuan. Pencuri terakhir telah dipotong tangannya 30 tahun yang lalu ketika minta dihukum di hadapan hakim kerana takutkan seksa Neraka." "Ah, aku tak nak dengar semuanya. Makin gila aku dibuatnya," pekik Datuk Dr. Johar lantas meluru keluar dari restoran itu.
Di luar, semua pandangan menyakitkan hati. Mengapa orang kolot ini mentadbir teknologi begini tinggi. Pemandu bullet train berserban merah tersenyum kepadanya. Juruterbang helikopter dengan tulisan 'MAKRUFAT AIR TRANSPORT' sibuk dengan urusannya. Di seberang jalan tertegak papan iklan dengan tulisan yang jelas : "KELUARGA BAHAGIA GEMBIRA DENGAN SUNNAH ". Di papan itu terpampang gambar seorang lelaki dan perempuan berserta anak-anak meraka. Semuanya berserban, berjubah dan berpurdah. Isy, meluatnya! Di jalan-jalan raya suasana meriah dengan salam dan senyum. Baginya, semua itu seolah-olah menyindir dan mengejek.
Kenapa jadi begini? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Mengapa? Mengapa? Mengapa? Datuk Dr. Johar tiba-tiba menjerit. "Kenapa?". Tekanan dalam jiwanya yang kian tersumbat itu tiba-tiba meletus.
"Datuk..! Datuk! Bangun, Datuk. Ada berita buruk !" Datuk Dr. Johar bangun. Dia tertidur sewaktu menunggu keputusan pilihanraya hari itu. "Kenapa? Parti kita kalah? Aku kalah?" tanya Datuk Dr. Johar. "Tidak, Tuk. Rakyat bangun memprotes. Mereka tak mahu demokrasi. Mereka tak mahu pilihanraya.." "Habis, mereka mahu apa?". "Mereka mahu Islam, Datuk!". "Islam? " keluh Datuk Dr. Johar. Digosok-gosok lagi matanya terlihat sepanduk di hadapan tertulis, "ISLAM KAN TETAP DIJULANG WALAUPUN IA DITENTANG.. ITULAH JANJI ILAHI". "Pasakkan Sabat Teguhkan Istiqamah!".
"Tak mungkiiinnnn!!!". Datuk Dr. Johar jatuh pengsan.
Taubatnya Malik Bin Dinar
10:51 AM Edit This 1 Comment »Kulakukan segala kezaliman, tidak ada satu maksiat melainkan aku telah melakukannya. Sungguh sangat jahat hingga manusia tidak menghargaiku karena kebejatanku.
Malik bin Dinar Rahimahullah menyatakan: Pada suatu hari, aku merindukan pernikahan dan memiliki anak. Maka kemudian aku menikah dan dikurniai seorang puteri yang kuberi nama Fathimah.
Aku sangat mencintai Fathimah.
Setiap kali dia bertambah besar, bertambah pula keimanan di dalam hatiku dan semakin sedikit maksiat di dalam hatiku.
Pernah suatu ketika Fathimah melihatku memegang segelas khamr, maka diapun mendekat kepadaku dan menyingkirkan gelas tersebut hingga tumpah mengenai bajuku.
Saat itu umurnya belum genap dua tahun.
Seakan-akan Allah Subhanahu wa Ta'ala -lah yang membuatnya melakukan hal tersebut.
Setiap kali dia bertambah besar, semakin bertambah pula keimanan di dalam hatiku.
Setiap kali aku mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala selangkah, maka setiap kali itu pula aku menjauhi maksiat sedikit demi sedikit.
Hingga usia Fathimah genap tiga tahun, saat itulah Fathimah meninggal dunia.
Maka akupun berubah menjadi orang yang lebih buruk dari sebelumnya.
Aku belum memiliki sikap sabar yang ada pada diri seorang mukmin yang dapat menguatkanku di atas cubaan musibah. Kembalilah aku menjadi lebih buruk dari sebelumnya.
Syaitan pun mempermainkanku, hingga datang suatu hari, syaitan berkata kepadaku: “Sungguh hari ini engkau akan bermabuk-mabuk dengan mabuk yang belum pernah engkau lakukan sebelumnya.”
Maka aku bertekad untuk mabuk dan meminum khamr sepanjang malam. Aku minum, minum dan minum.
Maka aku lihat diriku telah terlempar di alam mimpi.Di alam mimpi tersebut aku melihat hari kiamat.
Matahari telah gelap, lautan telah berubah menjadi api, dan bumipun telah bergoncang. Manusia berkumpul pada hari kiamat. Manusia dalam keadaan berkelompok- kelompok. Sementara aku berada di antara manusia, mendengar seorang penyeru memanggil: Fulan ibn Fulan, kemari! Mari menghadap al-Jabbar. Aku melihat si Fulan tersebut berubah wajahnya menjadi sangat hitam karena sangat ketakutan.
Sampai aku mendengar seorang penyeru menyeru namaku: “Mari menghadap al-Jabbar!”
Kemudian hilanglah seluruh manusia dari sekitarku seakan-akan tidak ada seorangpun di padang Mahsyar.
Kemudian aku melihat seekor ulat besar yang ganas lagi kuat merayap mengejar kearahku dengan membuka mulutnya.
Akupun lari karena sangat ketakutan. Lalu aku mendapati seorang laki-laki tua yang lemah. Akupun berkata: “Hai, selamatkanlah aku dari ular ini!”
Dia menjawab: “Wahai anakku aku lemah, aku tak mampu, akan tetapi larilah kearah ini mudah-mudahan engkau selamat!”
Akupun berlari kearah yang ditunjukkannya, sementara ular tersebut berada di belakangku.
Tiba-tiba aku mendapati api ada dihadapanku.
Akupun berkata: “Apakah aku melarikan diri dari seekor ular untuk menjatuhkan diri ke dalam api?”
Akupun kembali berlari dengan cepat sementara ular tersebut semakin dekat.
Aku kembali kepada lelaki tua yang lemah tersebut dan berkata: “Demi Allah, wajib atasmu menolong dan menyelamatkanku.”
Maka dia menangis karena iba dengan keadaanku seraya berkata: “Aku lemah sebagaimana engkau lihat, aku tidak mampu melakukan sesuatupun, akan tetapi larilah kearah gunung tersebut mudah-mudahan engkau selamat!”
Akupun berlari menuju gunung tersebut sementara ular akan mematukku.
Kemudian aku melihat di atas gunung tersebut terdapat anak-anak kecil, dan aku mendengar semua anak tersebut berteriak: “Wahai Fathimah tolonglah ayahmu, tolonglah ayahmu!”
Selanjutnya aku mengetahui bahwa dia adalah putriku. Akupun berbahagia bahwa aku mempunyai seorang putri yang meninggal pada usia tiga tahun yang akan menyelamatkanku dari situasi tersebut.
Maka diapun memegangku dengan tangan kanannya, dan mengusir ular dengan tangan kirinya sementara aku seperti mayit karena sangat ketakutan.
Lalu dia duduk di pangkuanku sebagaimana dulu di dunia.Dia berkata kepadaku:
“Wahai ayah, “belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah.” (Qs. Al-Hadid:16)
Maka kukatakan: “Wahai putriku, beritahukanlah kepadaku tentang ular itu.”
Dia berkata: “Itu adalah amal keburukanmu, engkau telah membesarkan dan menumbuhkannya hingga hampir memakanmu. Tidakkah engkau tahu wahai ayah, bahawa amal-amal di dunia akan dirupakan menjadi sesosok bentuk pada hari kiamat? Dan lelaki yang lemah tersebut adalah amal solehmu, engkau telah melemahkannya hingga dia menangis kerana keadaanmu dan tidak mampu melakukan sesuatu untuk membantu keadaanmu. Dengan kuasa Allah Yang Maha Berkuasa, seandainya saja engkau tidak melahirkanku, dan seandainya saja aku tidak mati saat masih kecil, tidak akan ada yang dapat memberikan manfaat kepadamu.”
Dia Rahimahullah berkata: Akupun terbangun dari tidurku dan berteriak: “Wahai Rabbku, sudah saatnya wahai Rabbku, ya, “Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah.”
Lantas aku mandi dan keluar untuk shalat subuh dan ingin segera bertaubat dan kembali kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala.Dia Rahimahullah berkata:Akupun masuk ke dalam masjid dan ternyata imampun membaca ayat yang sama:“Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah.” (Qs. Al-Hadid: 16).....
Itulah kisah taubatnya Malik bin Dinar Rahimahullah yang beliau kemudian menjadi salah seorang imam generasi tabi'in, dan termasuk ulama Basrah.
Dia dikenal selalu menangis sepanjang malam dan berkata:
“Ya Ilahi, hanya Engkaulah satu-satunya Dzat Yang Mengetahui penghuni syurga dan penghuni neraka, maka yang manakah aku di antara keduanya? Ya Allah, jadikanlah aku termasuk penghuni syurga dan jangan jadikan aku termasuk penghuni neraka.”
Malik bin Dinar Rohimahullah bertaubat dan dia dikenal pada setiap harinya selalu berdiri di pintu masjid berseru: “Wahai para hamba yang bermaksiat, kembalilah kepada Penolong-mu! Wahai orang-orang yang lalai, kembalilah kepada Penolong-mu! Wahai orang yang melarikan diri (dari ketaatan), kembalilah kepada Penolong-mu! Penolong-mu senantiasa menyeru memanggilmu di malam dan siang hari.
Dia berfirman kepadamu: “Barangsiapa mendekatkan dirinya kepada-Ku satu jengkal, maka Aku akan mendekatkan diri-Ku kepadanya satu hasta. Jika dia mendekatkan dirinya kepada-Ku satu hasta, maka Aku akan mendekatkan diri-Ku kepadanya satu depa. Siapa yang mendatangi-Ku dengan berjalan, Aku akan mendatanginya dengan berlari kecil.”
Aku memohon kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala agar memberikan rezeki taubat kepada kita. Tidak ada sembahan yang hak selain Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang zalim.Malik bin Dinar Rohimahullah wafat pada tahun 130 H. Semoga Allah Subhanahu wa Ta'ala merahmatinya dengan rahmat-Nya yang luas. (Misanul I'tidal, III/426).
mawaddah wa rahmah =)
7:22 PM Edit This 0 Comments »Luruskanlah hatiku, agar agamaku lurus
Betulkanlah hatiku, agar ku ikhlas selalu
Tetapkanlah hatiku, agar ku tak tergugat
Dengan ujian yang menimpa
Ya.. Allah, Tuhan yang mencipta hati
Bersihkanlah hatiku, agar masmumahku
Tidak merosakkan agamaku
Dan juga tidak merosakkan kehidupan orang lain
Wahai Tuhan yang membolak - balikkan hati kuatkanlah hatiku
Agar keyakinanku tak berobah
Supaya aku sentiasa tabah
Tuhan, Engkau resapkanlah hatiku
Sentiasa bersama-Mu
Supaya aku rasa, ada kawan melindungku
Agar aku tak rasa sepi di dalam hidupku
Aku merasa malu melanggar perintah
Dan aku sentiasa siap siaga menunaikan suruhan-Mu
Ya... Allah, Tuhan yang menjaga hati
Baikilah hatiku, agar seluruh hidupku menjadi baik
Supaya tidak khianat, dan tidak hasat dan tidak berdendam sesama manusia
Tuhan, limpahkan kedalam hatiku
Ilmu dan hikmah
Hingga aku dapat menyuluh hati dan menyuluh kehidupanku
Supaya lahir batinku bersyariat
Agar lahir batinku menjadi taat
Tuhan aku harap Engkau kabulkanlah doaku kini.
acoustic phonetic mmg BEST lah!
7:08 PM Edit This 0 Comments »Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka.
Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya.
Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya.
Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”
ujian hari ini sangat hebat
buat aku banyak berfikir
satu tarbiyah
dan tarbiyah dari ALLAH itu memang dinantikan oleh semua yg bergelar HAMBA
ya Allah, bantulah aku menempuh ujianMu ini dengan kesabaran (kesabaran yg baik)..
semoga Kau kuatkan hati ku ya ALLAH
semoga Kau redha segala usahaku utk mengejar CINTAMU..
ingin sekali aku menjadi antara hamba2Mu yg dirahmati, disayangi, dan diredhai
insyaALLAH
::ya muqollibal qulub, tsabit qulubana 'ala dinik wa 'ala to'atik::
pegang tangan saya
5:13 AM Edit This 1 Comment »The breeze is sounding sad
Oh no!
Tell me when the breeze would calm
So cold and and empty side
Lost the way long time ago
Did we really turn that blind
We dont see that we keep hurting each other
No, all we do we just fight
Now we share the same bright sun
The same round moon
Why dont we share the same love?
Tell me why not?
Life is shorter than most they thought
Hold my hand,
There are many ways to do it right
Hold my hand,
Turn around and see what you left behind
Hold my hand my friend
We can save the good spirit in me and you
Form another chance
And lets pray for the beautiful world
The beautiful world I share with you
Children seem like theyve lost their smile
On their new bloody playgrounds
Oh no!
How could we ignore?
Heart breaking crying sounds
And we still going on
Like nobody really cares
And we just stop feeling all the pain
Because like its a daily basic affair
Now we share the same bright sun
The same round moon
Why dont we share the same love?
Tell me why not?
Life is shorter than most they thought
Hold my hand,
There are many ways to do it right
Hold my hand,
Turn around and see what you left behind
Hold my hand my friend
We can save the good spirit in me and you
Form another chance
And lets pray for the beautiful world
The beautiful world I share with you
No matter how far Ill might be
Im always gonna be your neighbour
Its only one small planet were to be
So Im always gonna be your neighbour
We cannot hide, we cant deny
That we always gonna be neighbours
Your neighbour
My neighbour
Were neighbours
So hold my hand,
There are many ways to do it right
Hold my hand,
Turn around and see what you left behind..
Hold my hand,
There are many ways to do it right
Hold my hand,
Turn around and see what you left behind
Hold my hand my friend
We can save the good spirit in me and you
Form another chance
And lets pray for the beautiful world
The beautiful world I share with you
by maher zain,
hadith ke-31 An-Nawawi
1:38 PM Edit This 0 Comments »عن أبي العباس سهل بن سعد الساعدي رضى الله عنه قال : جاء رجل إلى النبى صلى الله عليه وسلم: فقال : يارسول الله دلّني على عمل إذا عملته أحبّنى الله وأحبني الناس. فقال : ازهد فى الدنيا يحبك الله وازهد فيما عند الناس يحبك الناس. حديث حسن.
Dari Abi Al Abbas Sahl Bin Sa’ad Sa’idiy RA, Katanya : Telah datang seorang lelaki kepada Nabi SAW bersabda : Ya Rasulullah ! Tunjukkanlah kepada aku suatu amal yang apabila aku kerjakannya, dikasihi aku oleh ALLAH dan dikasihi oleh manusia. Kemudian Rasulullah SAW bersabda : hendaklah zuhud pada dunia, nescaya engkau dikasihi ALLAH, dan engkau zuhud pada apa yang ada di sisi manusia, nescaya engkau dikasihi oleh manusia. ( Hadis Hasan )
Ulasan Hadis :
1. Hadis ini menceritakan tentang zuhud. Zuhud yang dimaksudkan di dalam Hadis ini ialah zuhud dengan dunia iaitu berpaling dari suatu atau menghendaki kepada suatu kerana nilainya. Menurut istilah syara’ ialah mengambil sekadar yang perlu dari suatu yang diyakini halalnya.
2. Namun istilah zuhud menurut tasawwuf terlalu banyak pengertian dan tafsirannya. Diantaranya ialah : 1) Benci kepada dunia dan berpaling daripadanya. 2) Meninggalkan kesenangan dunia kerana kesenangna akhirat. 3) Kosongkan hati daripada suatu dan letakkan ianya hanya ditangan. 4) Menghindarkan duka atas yang tiada, dan menghilangkan gembira dengan yang ada.
3. Namun makna yang paling dipersaetujui ulama’ ialah oleh Ibnu Qayyim Al Jauzi : ( Kosongkan hati dari dunia bukan kosong ditangan ) dalam makna yang lain : ( Kosong sama sekali dari suatu sama ada dari dunia atau syurga diakhirat kelak kecuali ALLAH ).
4. Manakala zuhud menurut Imam Ghazali ialah : ( Bukanlah orang yang zuhud itu orang yang tiada berharta. Tetapi orang yang zuhud ialah orang yang tidak bimbang sekirangya hartanya dan seluruh alam ini kepunyaannya).
5. Sesungguhnya sifat zuhud adalah sifat yang mengandungi suatu pengertian yang sangat beharga dan mulia. Selagimana seseorang itu percaya kepada dirinya dalam urusan dan berlepas harap daripada manusia dan nafsu maka dia kan terpelihara daripada sifat yang boleh merosakkan kehormatanya.
6. Manusia hari ini, berlumba-lumba dalam mengejar dunia, sesama sendiri bermegah-mengah dengan kemewahan yang ada, malah tidak merasa cukup dengan apa yang ada. Tidak boleh nampak ada orang yang lebih mahu disainginya.
7. Besyukurlah dengan apa yang kita miliki, kerana dunia milik DIA dan seharusnya kita mencintai Dia bukan mencintai duniaNYA.
8. Untuk mengenal diri samada memiliki cinta dunia atau tidak, contohnya; jika kereta (benda atau apa-apa yang kita sayang) yang kita miliki hilang, dicuri atau rosak, maka ketika itu jika ada perasaan sedih, hampa, tidak puas hati dan berkocak dihati dengan sebab kehilangannya, itulah tanda di hati kita ada cinta terhadap dunia....sebanyak mana yang kita sedih dan runsingkannya maka sebanyak itu jugalah akhirat keluar daripada hati kita.
WALLAHU’ALAM.
kita merancang dengan cita cita, Allah merancang dengan CINTA
9:17 AM Edit This 2 Comments »Hadis Sahih Muslim, daripada Abu Hurairah ra, katanya Rasulullah saw bersabda: Orang mukmin yang kuat adalah lebih baik dan lebih dikasihi Allah SWT daripada orang mukmin yang lemah. Masing-masing ada mempunyai kebaikan. Bersungguh-sungguhlah mengerjakan sesuatu yang berguna (di dunia dan di akhirat); dan hendaklah selalu meminta pertolongan daripada Allah dan jangan berasa lemah, yakni putus harapan, atau merasa hampa. Jika engkau ditimpa sesuatu janganlah berkata "kalaulah aku berbuat demikian tentu akan jadi begini dan begitu"; akan tetapi katakanlah "Taqdir Allah, dan Allah berbuat sekehendak-Nya". Sesungguhnya perkataan 'kalaulah' hanya membukakan jalan bagi syaitan untuk berbuat sesuatu. |
Aku kena KUAT!
KUAT
KUAT~~~
aishhh, susah jugak..tapi,
7:34 AM Edit This 0 Comments »Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda : “ Tidak dicabut sifat berbelas kasihan melainkan daripada orang yang jahat.” ( Riwayat Abu Daud dan Tirmizi).
Tidak berlemah lembut itu sifat tercela.
Muhasabah diri seketika.
Aku merasakan aku kekurangan sifat berlemah lembut ini.
Kadang kadang je aku lemah lembut.
Selalunya tidak.
Cakap main lepas saje.
Ikut sedap je.
Haish,
kena buang sifat tercela ni.
Seperti hadith di atas,
Sifat lemah lembut merupakan salah satu daripada sifat ALLAH SWT, manakala insan yang paling berhati dan berjiwa lembut adalah Nabi kita SAW. Baginda merupakan manusia yang paling baik akhlaknya.
Sifat lemah lembut akan terzahir jika dihati kita memiliki sifat lembut, hati yang lembut tidak akan tercipta seandainya tidak dihiasi dengan keimanan.
Semua orang nak menjadi orang yang beriman kan?
Dan dengan menanam sifat berlemah lembut dan berbelas kasihan inilah kita boleh menambahkan keimanan kita yang turun naik ini.
At Toiyibi mengatakan : Ini kerana sifat belas kasihan sesama makhluk adalah daripada kelembutan di hati. Kelembutan di hati adalah tanda keimanan. Orang yang tidak berlembut hati, tiada keimanan baginya. Orang yang tidak mempunyai imana adalah jahat. Maka orang yang tidak berlembut hati adalah jahat. ( Tuhfah al Ahwazi)
Kita akan lebih mesra dan tenang apabila bersama dengan mereka yang berlemah lembut dalam pergaulan.
Orang yang memiliki sifat yang lembut ialah orang yang sentiasa bertutur sopan dalam berbicara,
menghindari daripada percakapan yang kasar serta bahasa yang menyakitkan hati orang lain,
menerima teguran dan nasihat serta suka menasihati, mudah memohon maaf dan memberi kemaafan,
cuba sedaya upaya mengelak daripada marah, serta menyembunyikan keaiban orang lain
dan memiliki hati yang penyayang.
Kena berusaha!
Marilah sama-sama kita berusaha sedaya upaya untuk bersifat dan bersikap lemah lembut dan menjaga akhlak.
Lebih-lebih lagi terhadap mereka yang selalu bersama kita, bekerja bersama kita, bermu'amalah seharian dsb.
Semoga ALLAH mencantikan peribadi kita sepertimana DIA menciptakan kita dengan sebaik-baik kejadian.
Wallahu'a'lam.
tiArA
distinctive. let's be it!
4:12 PM Edit This 2 Comments »Alhamdulillah. Baru sehari. Komen positif sudah diterima.
Bertambah semangat aku untuk menulis lagi
walaupun ada test esok.
Kali ini nak bincang topik tentang
menjadi generasi Al Quran yang unik!
Introduction
"Dan sekalipun telah kami perintahkan kepada mereka, 'bunuhlah dirimu atau keluarlah kamu dari kampung halamanmu,' ternyata mereka tidak akan melakukannya, kecuali sebahagian kecil dari mereka. dan sekiranya mereka benar benar melaksanakan perintah yang diberikan, nescaya itu lebih baik dari mereka dan lebih menguatkan iman mereka,
~~4:66
Bukan senang untuk menyeru kepada kebaikan (susah lagi untuk mencegah kemungkaran). Dan bukan semua mampu untuk berkorban.
Yang membezakan ialah keinginan dan kekuatan.
Sejauh mana kekuatan dan keinginan kita untuk berkorban?
Berkorban menjadi lebih baik dari semalam.
Berkorban menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.
Berkorban untuk jalan ALLAH yang luas penuh berduri penuh liku seperti yang dilalui oleh Rasulullah saw.
Generasi AlQuran Yang Unik
Macam mana yang dikatakan genarasi Al Quran yang unik ini?
Mari kita menelaah madrasah Rasulullah, di mana sahabat sahabat pada ketika itu mendarah dagingkan AlQuran. Mereka tidak akan bangun dan berganjak dari 10 ayat Alquran yang dihafaz pada satu masa sehingga ayat ayat itu diamalkan. MasyaALLAH.
Bagaimana pula ciri ciri generasi AlQuran yang unik ini?
- Kekuatan Aqidah : Keimanan yang berlandaskan keyakinan pada Allah (taqwa). Membina kekuatan dalaman dan luaran untuk hanya takut pada Allah.
"......'cukuplah Allah menjadi penolong bagi kami dan Dia sebaik baik pelindung."~~3:173
kan Allah ada?
insyaALLAH...cuba pupuk jiwa kita untuk yakin dan berserah hanya padaNYA.
- Berpegang teguh dan bersikap tegas
maka tunggulah sampai Allah memberi keputusanNya!
sampai begitu sekali Allah membuat perumpamaan untuk kita sebagai hamba berfikir dan bertindak
jika kamu orang orang yang berfikir
meyakini akan perhitungan Allah di akhirat kelak
ayuh kita pegang tali Allah dengan teguh
dan berusaha untuk mujahadah dan bertegas dalam membuang jahiliyyah dalam diri.
- Berkasih sayang sesama mukmin
Allah tahu kita lemah kalau berseorangan,
lalu Allah kurniakan kita sahabat sahabat yang saling sayang menyayang
untuk menguatkan kita.
Seperti yang terjadi antara kaum Muhajirin dan Ansar yang bersaudara dan berukhuwwah kerana Allah.
dan indahnya ukhuwwah kerana ALLAH itu lebih manis dan lebih kekal berbanding ukhuwwah kerana pertalian darah.
Mari berkasih sayang!
Sayang kerana Allah.
Sayang yang bersyarak.
Hassan Al-Banna juga mengatakan; serendah rendah ukhuwwah ialah berlapang dada dan setinggi tinggi ukhuwwah ialah ithar (melebihkan orang lain berbanding diri sendiri).
Namun, diingatkan di sini tiada ithar dalam ibadah (terutama ibadah khusus).
- Kesetiaan tidak berbelah bagi kepada Allah dan Rasul
Tidakkah kita dihidupkan di muka bumi ini untuk berusaha menjadi golongan yang menang yang Allah maksudkan dalam ayat tersebut?
Ya.
Golongan yang menang.
Golongan yang bahagia di dunia mahupun dia akhirat.
Golongan yang mendapat syurga yang penuh kenikmatan dengan rahmat dan redha ALLAh.
Sangat mengiurkan bukan?
Penutup
AlQuran ini tidak digunakan untuk memujuk mujuk sahaja, AlQuran adalah buku perintah!
Sahabat sahabat di madrasah Rasululullah sentiasa merasakan setiap ayat yang turun itu ditujukan khas buat mereka.
Jika ayat untuk orang yang kufur, sahabat sahabat akan mengkaji dan jadikan sempadan.
Jika ayat untuk orang yang munafik, sahabat sahabat fikir dan muhasabah adakah ciri ciri orang yang munafik itu ada pada mereka.
Jika ayat untuk orang mukmin, sahabat sahabat akan jadikannya sebagai tujuan untuk dikecap dan dijadikan matlamat.
SubhanALLAH.
Anda mahu menjadi generasi AlQuran yang unik ini?
Ayuh!
Let's be it,
tiArA
buat tak?
10:39 AM Edit This 0 Comments »Untuk entri pertama ini ditujukan khas untuk yangmemrlukannya. Anda sedar atau tidak anda memerlukannya..tanyalah iman anda. Adakah anda sensitif dengan isu ini? Isu apa?
Isu solat.
Solat apa?
Solat Berjemaah.
Ya.
Mungkin kita rasa tidak perlu asal solat penuh 5 waktu sehari semalam.
Mungkin kita rasa malas nak cari kawan nak solat sama2 sebab leceh la apa kan.
Mungkin juga kita rasa kita kejar masa dan tak sempat menunggu kawan untuk solat sama.
Mungkin juga tidak ada orang yang mengajak solat berjemaah ni.
Atau mungkin anda sendiri tak peduli (masya-ALLAH).
Ada orang bertanya;
Orang kata ada kelonggaran untuk tak solat jemaah, boleh tolong jelaskan?
Jawapan terbaik yang hamba ALLAH ini beri yang ingin saya kongsikan dengan anda ialah;
Jangan tinggal solat berjemaah kecuali dengan keuzuran yang tertentu barulah wajar ditinggalkan solat berjemaah. Ada beberapa kes keuzuran yang mewajarkan tinggal solat berjemaah antaranya:
1. Sakit
2. Takut bahaya kepada diri, harta atau maruah. Contoh: jalan ke masjid ada banyak penyamun gelap dan kebarangkalian anda disamun itu agak tinggi.
3. Hujan (cuaca yang tidak mengizinkan).
4. Ada masalah qada hajat.
5. Mulut berbau busuk.
"Sesiapa yang memakan bawang putih atau bawang besar maka jauhilah daripada kami serta duduklah dirumahnya" ~ RiwayatBukhari
Akan tetapi, di era modenisasi zaman ini sudah banyak alat bersugi yang boleh digunakan untuk membolehkan anda menghindari bau mulut yang busuk ini. Oleh itu, perkara ke 5 bukan masalah lagi.
Mungkin anda rasa solat jemaah itu tidak perlu, tidak wajib, tidak best, dan 1001 perasaan lagi yang menyahkan anda dari berbuat demikian.
Berusahalah untuk melakukannya.
Indah ukhuwwah akan dapat dirasai bila solat jemaah ni.
Pahala pun 27 kali ganda yang tidak akan sama walau anda solat 27 kali secara bersendirian.
Walaupun topik ini tidak begitu menarik untuk diperbincangkan pada fasa awal pembukaan tiArA's life.
Namun, aku rasakan perlu juga.
InsyaALLAH, kita akan bincangkan topik yang lebih menarik lagi yang boleh menambah iman kita dan yang boleh membuat ALLAH redha dengan kita semua.
Salam sayang,
tiArA
perkara yang kadang kadang kita memang ada rasa tak nak buat
10:18 AM Edit This 0 Comments »Agak berhabuk tiara's life bila aku menyingkap tirainya semula.
Ramai yang bertanya dan mahu aku tulis kembali.
Tapi aku buat endah tak endah sahaja dan melakukan perkara perkara yang aku rasakan lagi penting dari tiara's life.
Namun hari ini usai solat Zohor, aku kembali memikirkan perkara yang aku rasa aku suka buat tetapi sudah lama aku tinggalkan.
Nah,
aku secara rasminya membuka kembali tiArA's life untuk dibaca umum.
Ingin aku ingatkan bahawa angin aku sedikit berubah untuk pembukaan baru ini, tahun ini kerana aku merasakan sejak bermulanya aku menulis (iaitu sejak tahun 2007), aku sudah banyak berubah dan menjalani kehidupan yang lebih indah berbanding dahulu.
Oleh itu, mungkin mesej yang aku bakal sampaikan di tiArA's life 2010 tidak akan sama dengan mesej yang aku telah sampaikan di tiArA's life 2007-2009.
Dan agak sedih juga kerana mungkin aku kurang menulis dalam bahasa keduaku kerana aku punya sebab aku sendiri.
harap maklum,
Ikhlas,
tiArA