ouch!

5:21 AM Edit This 5 Comments »
Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.

5 comments:

jentayuh said...

org mane ntah cakap..
kalo dapat cabut pokok semalu idup2, leh kawin ngan anak raja.. haha..

tiArA EmiLY said...

kalau nk kahwin ngn ank raja
sila lah cabut pokok tu
rasanye kalau pokok tu leh dicabut
mcm la perempuan tu juga
senang disentuh dan dilukai
wallahu'alam

jentayuh said...

mengapa perlu dilukai??? walaupun tak boleh disentuh, ttp tetap menjadi tnggjwb seorang lelaki utk membantu wanita yg memerlukan pertolongan...

tiArA EmiLY said...

x faham konteks ayat
kata nk cabut poko tu td
so
kalau senang ia dicabut
menunjukkan wanita tu jenis yg cmne
sila rujuk konteks ayat yg jentayuh mentioned before this
dan sila jgn emo

jzkk,

jentayuh said...

sbnrnyer, cik tiara kite ni kot, silap paham.. kite kat cni nak mention, kan betapa susah dan agak mustahil kalo nak cabut pokok semalu tu tanpa die kuncup.. btul tak?. kta tak emo pun kay.. hehe..