posto POSTO! II

4:13 PM Edit This 1 Comment »
Khas Daripada Hilal Asyraf: Kadangkala kita tidak perlu kepada tulisan panjang.

Assalamu'alaikum.

Apa khabar?
Saya mendoakan agar anda bahagia dan tenang dalam mengharungi kehidupan.
Semoga anda berada dalam rahmat Allah, kasih sayangNya, sentiasa hangat untuk mencari cintaNya, dan bergerak untuk mengubah diri menjadi yang lebih baik buatNya.

Kita bertemu lagi dalam surat saya.
Alhamdulillah, sebahagian daripada anda sampai membalas semula surat saya. Alhamdulillah.
Perlahan-lahan kita bergerak.

Saya usaha untuk istiqomah dalam menghantar surat ini seminggu sekali, tanda hubungan saya dengan anda, tanda kasih sayang yang ada antara kita, tanda kita ini sama-sama hendak lengkap melengkapi dalam perjalanan kita kepadaNya. Doakan agar ini semua diredhai Allah SWT.

Surat minggu ini tidak panjang.
Ya. Kadangkala, kita tidak perlu pada tulisan panjang dan bicara yang berjela.
Tetapi yang kita perlukan adalah duduk sebentar, dan melihat semula kehidupan kita.

Bolehkah?

Mari, kita duduk sebentar dan muhasabah diri.
Pernahkah kita duduk sebentar, dan berbicara(berdoa) dengan Ilahi?
Meluahkan kepadaNya segala kelemahan kita.
Menceritakan kepadaNya segala keaiban kita.
Mengadu kepadaNya segala kesusahan dan kepayahan kita dalam bergerak menjadi hambaNya?
Pernahkah kita, menangis, mengalirkan air mata kepadaNya?

Ya. Kadangkala kita tidak memerlukan tulisan dan bicara panjang.
Yang kita perlukan adalah amal.
Pernahkah kita bergerak memperbaiki kualiti solat kita?
Pernahkah kita berusaha memperbaiki tajwid bacaan Al-Quran kita?
Adakah kita berusaha menambah bilangan mukasurat Al-Quran yang kita baca sehari?
Bagaimana dengan solat-solat sunat?
Bagaimana dengan amal-amal kebaikan lain yang ringan seperti senyum kepada sahabat, sedekah, dan sebagainya?

Ya. Pernahkah kita duduk sebentar dan melihat semula kepada semua itu.

Berbalik kepada hal ketenangan hati,
kadangkala kita tidak sedar bahawa kesedaran hati itu muncul daripada amal kebaikan, daripada muhasabah diri kita dengan Ilahi.

Nah. Kadangkala kita tidak perlu kepada tulisan dan bicara panjang.
Yang kita perlu adalah amal yang sentiasa kita tingkatkan saban hari.